Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Suka betul baca penulisan dia, seronok jer baca. best sangat!
Ini mungkin antara ayat yang biasa kita sebut-sebut dalam hati ataupun dengan lantangnya. Apabila kita membaca penulisan orang lain, kita rasa seronok, tapi bila kita baca penulisan kita sendiri. Mulalah keluar segala macam perasaan yang tak bagus.
Ada ke orang nak baca ni?
Macam bosan jer ayat aku ni.
Kalau diorang tak seronok baca, macam mana ya?
Dan bermacam-macam lagi perasaan tak tentu hala yang kita fikirkan.
Usah fikirkan apa yang orang lain rasa
Satu perkara penting yang perlu kita semaikan dalam fikiran adalah untuk tidak hiraukan atau fikirkan apa yang orang lain fikir mahupun rasa. Kita tidak mampu mengawal atau membaca fikiran orang lain.
Apa yang perlu kita buat, adalah teruskan menulis dan menulis agar lebih banyak penulisan yang kita dapat garab serta terbitkan. Semakin banyak penulisan yang dibuat, semakin baik ianya akan dipersembahkan.
Dalam dunia ini, selera masing-masing adalah berbeza, jika kita rasa penulisan orang lain itu sedap dibaca, belum tentu semua orang akan merasa perasaan yang sama.
Begitu juga jika kita merasakan penulisan kita ni biasa-biasa sahaja, tidak bermakna semua orang akan berfikir sedemikian. Pasti akan ada yang rasa seronok membaca penulisan kita.
Selera pembaca itu berbeza-beza
Sepertimana juga selera makan, selera pembaca juga berbeza-beza, ada yang suka begini, ada pula yang suka begitu. Perbezaan ini yang membuatkan kita semua adalah unik.
Apabila kita faham mengenai perkara ini, kita sudah tidak perlu fikirkan apakah selera pembaca. Jika mereka tidak berselera dengan penulisan kita, mungkin mereka bukan kelompok pembaca yang kita mahukan.
Pasti akan datang pula kelompok pembaca yang berbeza yang akan menggemari penulisan yang kita telah coretkan. Apa yang penting, adalah teruskan aktiviti penulisan itu sendiri dan buang jauh-jauh fikir-fikir yang tak penting.
Selamat menulis.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Menguruskan sangkaan dalam penulisan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita mula banyak menerbitkan artikel di laman kita, ada banyak kesan yang akan…... Baca selanjutnya »
Membina rutin penulisan yang konsisten
Assalamualaikum dan salam sejahtera, menulis ini adalah aktiviti yang boleh dilatih dan dibuat oleh sesiapa sahaja yang berhendak….... Baca selanjutnya »
Penulisan yang dipaksa-paksa
Assalamualaikum dan salam sejahtera, bercerita mengenai menulis ni, memang banyak perkara yang akan kita hadapi. Antaranya adalah memaksa…... Baca selanjutnya »
Macam mana, kalau…
Assalamualaikum dan salam sejahtera, perkara yang seringkali akan bermain di kebanyakan penulis adalah, macam mana, kalau… dan senarai selepas…... Baca selanjutnya »
Artikel sebagai sumber pendapatan pelbagai cabang
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita mengusahakan laman dengan penulisan artikel, kita sebenarnya sedang membina mesin wang jangka…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions