Assalamualaikum dan salam sejahtera,
biasanya membina rutin penulisan itu memerlukan masa, ada yang mengambil masa 3 bulan, ada 6 bulan, ada 12 bulan. Yang pastinya, andai kita berhenti di tengah jalan, rutin ini akan menjadi cabaran besar untuk dimulakan semula.
Itu hanyalah salah satu bahagian daripada perkara yang lebih besar. Hari ini, jika kita lihat laman-laman yang berjaya, mereka tidak henti-henti menerbitkan artikel baharu setiap hari. Ya setiap hari.
Ada satu portal artikel di indonesia, mereka menulis 300 artikel setiap hari untuk rangkaian portal mereka (beberapa laman). Mereka ada berpuluh penulisan dengan purata setiap penulis menulis sekitar 10 artikel sehari.
Andai dilihat pada jumlah, memang nampak banyak, namun banyak tidak semestinya bagus. Portal ini boleh menerbitkan 300 artikel tanpa perlu risau lagi sama ada artikel mereka akan di baca atau tidak.
Mereka telah mempunyai kelompok pembaca setia yang ramai dan yang paling menarik adalah, kelompok pembaca setia ini yang akan menyebarkan (baca: memasarkan) artikel-artikel yang telah diterbitkan. Portal ini hanya perlu membuat pemasaran yang minima untuk memastikan pembaca mereka hadir.
Konsep ini sudah menyamai laman-laman berita di Malaysia, pemasaran yang perlu mereka lakukan adalah minima, tetapi impaknya tetap cukup baik.
bagaimana pula dengan kita yang baru bertapak ini?
Kita tetap mahu melakukan pemasaran, cuma disebabkan pemasaran itu perlu dilakukan sendiri untuk menjimatkan kos, kita kurangkan jumlah penulisan artikel kepada maksima 1 artikel sahaja sehari. Ini akan membolehkan kita memberikan lebih banyak masa untuk memasarkan artikel yang telah diterbitkan.
Salah seorang pemasar internet antarabangsa pernah berkongsi, beliau sendiri akan ulang promosi artikel yang telah mereka terbitkan sebanyak 6 kali setahun. Bermaksud setiap sekurang-kurangnya 2 bulan, artikel yang pernah diterbitkan itu akan diwar-warkan kembali.
Mereka banyak menggunakan tools automatik yang membolehkan perkara ini berlaku tanpa perlu penglibatan manual daripada individu yang terlibat. Sebagai permulaan, proses ini perlu kita amati dengan cara manual.
Bukan sebab kita nak berjimat, tetapi untuk kita memahami proses yang perlu kita lakukan tersebut. Apabila telah mahir, barulah kita gunakan alat-alat pemasaran automatik untuk memudahkan.
Setakat ini, anda boleh semak semula, berapa banyak artikel yang telah dipasarkan, dan bagaimana impak pemasaran ke atas artikel tersebut. Selamat menulis.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Menguruskan promosi artikel yang telah diterbitkan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita telah menerbitkan sejumlah artikel, langkah penting yang perlu kita lakukan adalah membuat…... Baca selanjutnya »
Bagaimana menguruskan pemasaran untuk artikel yang berkesan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita membina blog atau laman sesawang dan mengusahakan penulisan artikel di dalamnya, penting…... Baca selanjutnya »
Penulis jemputan sebagai salah satu kaedah pemasaran artikel
Assalamualaikum dan salam sejahtera, satu lagi perkara yang boleh kita lakukan untuk memasarkan artikel dan diri sendiri adalah…... Baca selanjutnya »
Artikel bermusim yang bersifat evergreen
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita mengusahakan penulisan artikel, ada banyak topik yang akan menjadi topik evergreen atau…... Baca selanjutnya »
Pentingkah melakukan promosi artikel?
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita telah mencapai rutin penulisan artikel yang mantap, satu perkara penting yang wajib…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions