Assalamualaikum dan salam sejahtera,
menulis setiap hari ada ketika boleh menyebabkan kita tertekan dan akhirnya kita memilih untuk tidak meneruskan penulisan. Apabila ditanya, kita akan dengan mudah memberikan jawapan writer’s block.
Namun begitu, adakah benar ianya adalah writer’s block? atau kita sengaja menggunakan alasan tersebut untuk tidak menulis?
Sebagai penulis di blog atau laman sosial, konsep writer’s block ini hampir tidak wujud kerana kita tidak tertakluk kepada mana-mana peraturan atau struktur yang menyebabkan kita perlu berhenti menulis.
Lapangkan minda dan hanya tulis perkara yang ringan
Tatkala kita merasakan kita terhenti atau terhalang untuk menulis, duduk sejenak, tarik nafas dalam-dalam, kemudian fikir perkara ringan yang terlintas di fikiran.
Andai kita terfikir pasal makanan, tulislah pasal makanan.
Andai kita terfikir pasal kehidupan, tulislah pasal kehidupan.
Andai kita terfikir mengenai situasi tidak mampu menulis, tulislah mengenai situasi tersebut.
Tiada syarat untuk kita perlu atau mesti tulis topik tertentu semata. Kita bukan ingin menulis buku akademik yang perlu mengikut silibus yang telah ditetapkan.
Penulisan di dunia digital ini bebas, andai sekali sekala kita ingin menulis perkara berbeza, tulislah. Apa yang lebih penting adalah tindakan dan aktiviti menulis itu sendiri.
Sentiasa letakkan hasil positif di hadapan kita
Sentiasa fikir dan letakkan perkara positif yang akan kita perolehi apabila kita ingin menulis. Ini penting untuk memberikan kita motivasi ketika kita merasakan, penulisan itu susah, penulisan itu memberikan banyak beban.
Tiada hasil manis yang akan kita perolehi, tanpa melalui proses perjuangan atau proses untuk bercucuk tanam melalui usaha. Setiap jalan yang berliku biasanya akan berakhir dengan destinasi yang indah yang ingin kita tuju.
Raikan kejayaan-kejayaan kecil selepas kita selesai menulis. Berikan hadiah seperti minuman ke, makanan ke, hanya untuk meraikan kejayaan menulis tersebut. Setiap kali kita berjaya, kita akan rasa seronok untuk meneruskan aktiviti tersebut.
Dalam hal ini, aktiviti penulisan itu sendiri.
Semoga dengan kurangkan berfikir perkara negatif dan impak yang tak penting, kita akan mula menggerakkan anggota badan kita untuk penulisan yang lebih banyak.
Selamat menulis.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Menguruskan bounce rate dengan mudah dan sistematik
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila blog kita telah mempunyai 50 artikel ke atas, waktu ini barulah sesuai untuk…... Baca selanjutnya »
Kaedah terbaik menguruskan artikel bersiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera, semakin banyak penulisan yang kita terbitkan, semakin banyak yang akan kita dapat pelajari. Menulis…... Baca selanjutnya »
Memikat Google dengan mengorat pembaca
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila bercerita mengenai memikat Google, ianya adalah berkaitan dengan search engine optimization atau singkatan…... Baca selanjutnya »
Menguruskan sangkaan dalam penulisan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita mula banyak menerbitkan artikel di laman kita, ada banyak kesan yang akan…... Baca selanjutnya »
Suka betul baca penulisan dia
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Suka betul baca penulisan dia, seronok jer baca. best sangat! ... Baca selanjutnya »
Reader Interactions