Alamak, nak tulis apa ni?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

apabila kita kerap menulis dan membaca artikel daripada blog orang lain, akan tiba satu ketika, kita merasakan tidak tahu mahu menulis apa. Ini sebenarnya perkara yang bukan asing lagi. Ianya disebabkan aktiviti yang sedang kita usahakan.

apabila kita semakin kerap menulis, secara langsung, kita menyebabkan diri kita ingin melakukan sesuatu yang lebih baik. Mahu menerbitkan penulisan yang akan memberi impak yang mantap kepada pembaca. Semua ini adalah perkara yang sihat sebenarnya.

lambakan idea menyebabkan kita tidak menulis

Uruskan agar ianya tidak mengganggu momentum menulis

Namun begitu, kita perlu menguruskan situasi ini dengan lebih baik. Jika tidak, kita akan terjerumus dalam lembah tiada idea atau tak tahu nak tulis apa. Ingat kembali ketika kita baru mula menulis, asasnya adalah jadikan apa juga idea yang terlintas dalam fikiran sebagai bahan penulisan.

Usah sangkal apa juga idea yang melintas kerana ianya akan menyebabkan kita tersekat, terkandas, tanpa ada penyelesaian. Kita bukan ingin memilih idea apa yang ingin digarab, tetapi kita ingin membuat olahan yang lebih baik daripada sebelum ini.

Jika ada keperluan untuk kita ulang tulis topik yang kita pernah tulis, itu pun tidak mengapa, tiada siapa yang boleh marah jika kita berbuat demikian.

menguruskan situasi tiada idea menulis dengan baik

Apa yang perlu dilakukan?

Pertamanya kita tenangkan terlebih dahulu diri kita, ingat kembali kenapa kita memulakan penulisan. Artikel menulis untuk saham akhirat akan membantu kita untuk tune semula apa yang sedang kita fikirkan. Bayangkan dengan sebab kita terlalu memilih, saham akhirat kita juga akan berkurang.

Selain itu, kita juga perlu ingat, target jangka masa pendek dan panjang kita di dunia ini. Apabila kita tidak mengusahakan, kita telah tahu bahawa kita tidak akan dapat menuai hasilnya. Sebab itu, penanam sayur tetap menyiram tanaman mereka setiap hari, sejak dari anak pokok disemai.

Semuanya dengan satu tujuan, untuk membiarkan tanaman tersebut tumbuh subur dan akhirnya akan dapatlah menuai hasil yang diinginkan. Andai ini tidak menyebabkan kita ingin menyambung penulisan kita, perlulah biarkan diri kita untuk berehat seketika.

Kita tidak mahu memaksa penulisan kita hingga ianya tidak memberikan manfaat yang sepatutnya kepada para pembaca kita. Selamat menulis.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge