Assalamualaikum dan salam sejahtera,
apabila kita membina blog atau laman sesawang dan mengusahakan penulisan artikel di dalamnya, penting untuk kita juga menguruskan promosi dan pemasaran dengan baik. Membina blog ini ada dua proses, pertama proses membina blog menjadi baik dan yang kedua menggunakan blog yang telah terbina untuk kita buat pemasaran atau pengiklanan yang berkesan.
Semua blog perlu melalui kedua-dua perkara ini, ianya boleh berlaku serentak jika diuruskan dengan sistematik. Namun biasanya ianya perlu dilakukan fasa demi fasa agar kita tidak kecewa jika tidak dapat melihat hasil yang diinginkan.
Kenali kelompok pembaca
Ini perkara paling asas yang perlu kita lakukan, kita perlu tahu siapa kelompok sasaran yang ingin kita tarik membaca artikel-artikel yang kita tulis. Andai kita sekadar membuat promosi membuta tuli, pasti impaknya tidak sebaik yang kita inginkan.
Pada permulaan mungkin kita masih tak jelas siapa sebenarnya yang perlu dijadikan kelompok sasaran. Kita perlu lihat response daripada kelompok semasa sesi promosi percubaan dilakukan. Dari situ kita mula perkemaskan kelompok sasaran.
Apabila telah mempunyai kelompok sasaran yang diinginkan, kemudian barulah kita memilih platform atau channel mana yang kita ingin gunakan untuk membuat promosi besar-besaran. Kita memilih platform berdasarkan kelompok sasaran ini kerana jika kita menggunakan platform yang ramai orang, tetapi bukan sasaran, ianya hanya akan membazirkan masa dan tenaga kita.
Sentiasa membuat promosi dengan tagging yang tepat
Apabila kita membuat promosi-promosi ini, penting untuk kita melakukan utm tagging yang konsisten agar data yang kita kumpulkan akan dapat kita semak dengan baik menggunakan Google Analytics. Tanpa tagging yang betul, trafik yang masuk masih dapat dinilai, tetapi tidak begitu tepat berbanding penggunaan tagging yang spesifik.
Analisa data trafik ini perlu dilakukan dari masa ke semasa, jika kita tidak membuat analisa, kita akan terlepas data-data penting yang mungkin akan memberikan impak yang lebih baik dalam proses membuat pemasaran menggunakan blog kita.
Kita akan kupas lebih mendalam mengenai penggunaan tagging dan analisa data trafik ini dalam artikel yang berbeza, ianya adalah perkara yang tidak terlalu rumit tetapi perlu penerangan yang lebih lengkap dan terperinci.
Selamat menulis dan mempromosikan artikel anda.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Bagaimana data laman membantu dalam pemasaran
Assalamualaikum dan salam sejahtera, data adalah perkara yang boleh kita pungut dan kumpul menggunakan perkhidmatan percuma seperti Google…... Baca selanjutnya »
4 Langkah penting untuk menyiapkan artikel dalam masa yang singkat
Assalamualaikum dan salam sejahtera, antara perkara yang seringkali menjadi masalah kepada penulis baru adalah mengambil masa yang terlalu…... Baca selanjutnya »
Kaedah mempromosikan artikel di media sosial
Assalamualaikum dan salam sejahtera, harini talian internet lebih perlahan daripada kebiasaannya, inilah antara dugaan duduk di balik bukit….... Baca selanjutnya »
Kaedah terbaik menguruskan artikel bersiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera, semakin banyak penulisan yang kita terbitkan, semakin banyak yang akan kita dapat pelajari. Menulis…... Baca selanjutnya »
Artikel sebagai sumber pendapatan pelbagai cabang
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita mengusahakan laman dengan penulisan artikel, kita sebenarnya sedang membina mesin wang jangka…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions