Assalamualaikum dan salam sejahtera,
perkara yang seringkali akan bermain di kebanyakan penulis adalah, macam mana, kalau… dan senarai selepas itu begitu panjang berjela. Malangnya perkara-perkara negatif yang akan sentiasa mengisi senarai panjang tersebut.
Pertamanya, kita perlu buang konsep pemikiran kalau yang negatif ini. Ianya tidak membantu dalam mengusahakan penulisan kita untuk jangka masa panjang. Kalau yang buruk perlu ditukar kepada kalau yang baik, kalau yang positif, kalau yang memberikan impak bagus dalam kehidupan kita.
Kalau yang negatif ini akan menyebabkan kita tak buat, kita banyak fikir, kita banyak berlengah dan akhirnya menyebabkan kita tak dapat hasil yang kita inginkan.
Dalam artikel mengawal sangkaan dalam penulisan ada menyentuh bagaimana kita perlu menguruskan penulisan kita dengan lebih baik. Ini adalah sangat penting untuk kelangsungan aktiviti menguruskan laman seperti blog.
Hasil daripada mengusahakan penulisan di blog ini tidak hadir serta merta, ianya perlukan masa, dan sekiranya kita meletakkan motivasi untuk menulis pada hasil jangka masa panjang tersebut. Kita akan kecundang.
Sebab itu penting untuk kita sentiasa buang jauh-jauh kalau yang negatif ini. Ianya akan menjadi racun, menjadi duri dalam daging yang tidak berkesudahan. Kita hanya mampu uruskan apa yang kita boleh kawal, selebihnya, apa yang orang lain rasa, apa yang orang lain faham, apa yang orang lain buat, itu semua di luar kawalan kita.
Fokus pada perkara yang penting, iaitu aktiviti menulis yang konsisten. Penulisan yang memberikan info kepada para pembaca, penulisan yang memberikan kesan secara langsung atau tidak langsung. Penulisan yang akan membuatkan mereka mendapat sesuatu yang positif dalam kehidupan.
Jadi, jika hari ini, kita terfikir, macam mana, kalau…
Stop! sila berhenti di situ, tidak perlu disambung, ianya akan menjadi barah yang merosakkan. Selamat menuils.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Meningkatkan pemasaran untuk artikel yang telah diterbitkan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, biasanya membina rutin penulisan itu memerlukan masa, ada yang mengambil masa 3 bulan, ada…... Baca selanjutnya »
Membuah olahan daripada penulisan orang lain
Assalamualaikum dan salam sejahtera, andai selepas kita membuat proses menjana idea tetapi masih terasa seperti ada sesuatu yang…... Baca selanjutnya »
Bagaimana menguruskan pemasaran untuk artikel yang berkesan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita membina blog atau laman sesawang dan mengusahakan penulisan artikel di dalamnya, penting…... Baca selanjutnya »
Berehat ketika perlu, untuk teruskan dengan lebih jitu
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila menguruskan laman sesawang dan artikel secara intensif, memang ada ketika kita terasa seperti…... Baca selanjutnya »
Menguruskan watermark pada gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita menulis artikel, penting untuk kita masukkan gambar untuk pelbagai tujuan. Antaranya adalah…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions