Assalamualaikum dan salam sejahtera,
dalam menguruskan laman WordPress, salah satu keperluan penting adalah untuk mengemaskini versi WordPress termasuklah versi theme dan plugin. Ini adalah perkara penting yang seringkali diabaikan oleh empunya laman WordPress.
Laman WordPress yang tidak dikemaskini akan menyebabkan ianya berisiko untuk diceroboh oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Serangan yang berlaku dengan sengaja mahupun tanpa sengaja ini biasanya difokus untuk laman yang tidak dikemaskini.
Bagaimana mengenalpasti kemaskini yang perlu dilakukan
WordPress dibina untuk memudahkan penggunanya menguruskan laman tanpa perlu bersusah payah memahami pengaturcaraan web dan seumpamanya. Dengan beberapa klik sahaja perkara ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Paparan notifikasi seperti dibawah menankan wujudnya perkara yang perlu dikemaskini. Kita hanya perlu klik pada menu Dashboard > Updates kemudian paparan untuk kemaskini akan kelihatan.
Seperti dalam gambar di atas, terdapat 2 perkara yang perlu dikemaskini. Kita perlu klik pada link Updates atau icon refresh di atas untuk melihat senarai perkara yang perlu dikemaskini.
Dalam gambar contoh di atas, terdapat 3 plugins dan 1 theme yang perlu dikemaskini, kita hanya perlu select all pada plugin, kemudian tekan update plugins. Pastikan kita tunggu sehingga semuanya selesai sebelum kita beralih ke halaman yang lain. Jika tidak akan wujud masalah untuk laman yang kita kelolakan.
Selepas selesai, ulang semula langkah di atas untuk theme pula. Ada ketika, akan muncul update untuk WordPress, button update akan muncul sebelum button reinstall now. Anda hanya perlu klik butang update now untuk kemaskini versi WordPress.
Elakkan jadi mangsa mudah
Anda perlulah mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak mengambil langkah mudah. Kemaskini ini hanya memerlukan beberapa klik dan anda akan terlindung daripada serangan mudah disebabkan sebarang vulnerable atau kelemahan dalam versi yang digunakan.
Selamat menulis.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Kawalan keselamatan, perlu atau tidak?
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita bercerita mengenai kawalan keselamatan, ianya berkait rapat dengan pantang larang mengusahakan…... Baca selanjutnya »
Menulis semasa sedang bercuti, perlu atau tidak? dan bagaimana melakukannya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila bermula sahaja cuti sekolah, ramai ibu bapa mula menyusun pelbagai aktiviti bersama keluarga…... Baca selanjutnya »
Pantang larang yang perlu dielakkan dalam penulisan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, bercerita mengenai penulisan, memang kita bebas untuk menulis ala sahaja topik yang kita gemari. Namun begitu, dalam masa yang sama, kita… ... Baca selanjutnya »
Reader Interactions