ManageWP memudahkan pengurusan laman WordPress setempat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

menguruskan laman WordPress merupakan salah satu aktiviti yang penting untuk kita buat. Ini sangat benar sekiranya kita mempunyai banyak laman yang perlu diuruskan. Jika hanya perlu menguruskan sebuah sahaja laman, lebih mudah sebab boleh terus login ke laman tersebut.

Namun sekiranya kita perlu menguruskan puluhan atau ratusan laman WordPress, seandainya perlu login satu persatu laman, pasti akan mengambil masa yang lama dan ianya menjadi sangat tidak produktif.

pengurusan pukal laman WordPress menggunakan managewp.com

ManageWP.com merupakan perkhidmatan yang membolehkan kita menguruskan laman WordPress setempat. Kita hanya perlu login ke laman ini untuk menguruskan semua laman WordPRess yang kita perlu uruskan. Daripada panel kawalan managewp ini, kita akan dapat melihat status semua laman yang telah kita aktifkan.

Hanya dengan beberapa klik, kita akan dapat mengemaskini semua laman yang telah kita masukkan ke dalam manageWP ini. Walaupun ada ketika, kita masih perlu login masuk ke laman WordPress yang terlibat, namun kebiasaannya, semua kemaskini laman boleh dilakukan terus dari manageWP ini.

contoh paparan dashboard managewp.com
contoh paparan dashboard managewp.com

Setakat ni sudah beberapa tahun menggunakan perkhidmatan ini dan ianya memang membantu mempercepatkan proses selenggara laman seperti kemaskini versi WordPress, kemaskini plugins, kemaskini themes dan seumpamanya.

Perkhidmatan ini mempunyai pakej percuma dan pakej berbayar, anda bolehlah memilih ikut kesesuaian. Kebanyakan laman saya menggunakan pakej percuma sahaja. Sebab andai ada keperluan untuk membuat selenggara lanjutan, proses manual akan dilakukan.

Saya menggunakan managewp hanya untuk aktiviti-aktiviti selenggara mudah yang memerlukan terlalu banyak masa sekiranya ingin melakukannya satu persatu. Selamat mencuba.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge