Assalamualaikum dan salam sejahtera,
harini pihak WordPress melepaskan versi terbaru untuk WordPress self-hosted, iaitu WordPress 5.2. Versi ini memberi fokus untuk memastikan laman kita sentiasa selamat daripada sebarang vulnerable atau perkara yang tidak sepatutnya.
Ini biasanya berlaku jika ada developer plugin atau theme yang tidak mengambil inisiatif untuk mengemaskini produk digital keluaran mereka dan menyebabkan pengguna plugin atau theme tersebut terdedah kepada isu keselamatan.
Inisiatif WordPress ini harus kita puji kerana ianya memberikan impak yang bagus kepada semua pengguna. Andai kita bukan developer, perkara ini sekurang-kurangnya akan memberikan pendedahan atau amaran awal kepada kita untuk mencari alternatif yang berbeza.
Fungsi site health check ini akan memberikan kita 2 halaman dengan fungsi debug tetapan yang digunakan dalam WordPress kita. Ini akan memberikan kita overview prestasi tetapan WordPress yang kita guna dan seterusnya membolehkan kita untuk mengambil tindakan lanjut.
PHP Error Protection ini pula akan mengelakkan daripada laman WordPress anda menjadi putih sahaja. Ini biasanya berlaku sekiranya ada sebarang PHP error dalam laman WordPress kita. Blank white page ini akan diuruskan dengan lebih baik dalam versi WordPress 5.2 dan akan memudahkan untuk proses kenalpasti masalah dilakukan.
Selain itu terdapat juga kemaskini dari sudut kosmetik seperti perubahan icon dalam menu dan beberapa lagi. Andai anda belum menerima kemaskini terbaru ini secara automatik, bolehlah login ke Dashboard WordPress dan menguruskan kemaskini terbaru ini.
Selamat menguruskan WordPress anda.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Perlu atau tidak mengemaskini WordPress, themes dan plugins
Assalamualaikum dan salam sejahtera, dalam menguruskan laman WordPress, salah satu keperluan penting adalah untuk mengemaskini versi WordPress termasuklah…... Baca selanjutnya »
Menguruskan bounce rate dengan mudah dan sistematik
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila blog kita telah mempunyai 50 artikel ke atas, waktu ini barulah sesuai untuk…... Baca selanjutnya »
Kawalan keselamatan, perlu atau tidak?
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita bercerita mengenai kawalan keselamatan, ianya berkait rapat dengan pantang larang mengusahakan…... Baca selanjutnya »
Menguruskan arkib artikel dengan mudah
Assalamualaikum dan salam sejahtera, antara kelebihan apabila kita mengusahakan blog adalah kebolehupayaan untuk menyediakan arkib atau senarai artikel…... Baca selanjutnya »
Artikel sebagai sumber pendapatan pelbagai cabang
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita mengusahakan laman dengan penulisan artikel, kita sebenarnya sedang membina mesin wang jangka…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions