Bagaimana nyah-aktifkan plugin bermasalah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

sejak kemaskini terbaru WordPress yang memperkenalkan status error yang baru, kita perlu mengenalpasti apa punca masalah sebenarnya. Sebelum ini, WordPress akan memaparkan screen putih yang tiada sebarang maklumat.

Terbaru, anda akan dapat error msg yang menyatakan ada perkara yang tidak boleh diproses. Perkara ini membolehkan kita mengenalpasti masalah dengan lebih teliti. Biasanya berlaku sama ada berkaitan dengan theme atau plugin.

pengurusan laman wordpress yang bermasalah

Salah satu proses untuk mengenalpasti perkara ini adalah dengan menyahaktifkan plugin yang ada. Ada beberapa kaedah untuk kita melakukan perkara ini.

Langkah pertama yang kita boleh lakukan adalah dengan memasuki database mysql kita kemudian cari table _options dan cari field dengan data active_plugins. kita hanya perlu menukarkan active_plugins itu kepada data kosong, kemudian boleh semak sama ada laman kita akan boleh dibuat atau tidak.

ruangan active_plugins yang menyimpan tetapan plugin yang aktif

Satu lagi cara untuk anda menyahaktifkan plugin yang tidak berkaitan adalah dengan menggunakan file manager, sama ada file manager dalam cPanel atau dalam panel kawalan hosting yang anda langgan. Anda hanya perlu rename folder plugins kepada nama yang berbeza sementara waktu.

Perlu diingatkan, semasa membuat kedua-dua langkah ini, pastikan kita tidak mempunyai menu plugins yang terdapat dalam WordPress dashboard. Ini akan menyebabkan tetapan baru akan ditambah dalam database dan kita perlu mengaktifkan satu persatu plugin yang kita gunakan.

Sekiranya anda mendapat apa-apa error selepas mengaktifkan plugin yang baru, cara paling mudah untuk membuka file manager, dan rename folder plugin baru tersebut. Anda tidak perlu rename folder plugins, hanya folder plugins yang berkaitan.

Ini antara langkah asas untuk selenggara laman peringkat lanjutan. Andai anda mempunyai masalah dan masih tak boleh selesaikan. Boleh hubungi blogger tua untuk perkhidmatan lanjutan. Selamat mencuba.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge