Menulis untuk laman kenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

sebelum ini, kita pernah bercerita mengenai kaedah pemasaran sebagai penulis jemputan. Ada yang rasa belum cukup yakin untuk menulis di laman-laman yang dikongsikan. Walaupun tidak yakin, tetapi masih ingin mencuba kaedah penulis jemputan tersebut.

Sebenarnya, jika kita masih tidak yakin untuk menulis di laman yang besar atau berpengaruh, kita boleh mulakan dengan menulis di blog rakan-rakan yang memang kita telah kenal lama. Hanya nyatakan kepada mereka, boleh tak nak tulis satu artikel di blog mereka.

Jarang-jarang yang kana menolak terutama jika mereka sendiri mempunyai kepentingan untuk menerbitkan lebih banyak artikel berkualiti dalam laman mereka. Di sini kita akan boleh membina keyakinan untuk aktiviti yang hebat ini.

menjadikan penulisan di halaman orang lain sebagai aktiviti latihan

Belajar struktur penulisan laman tersebut

Perkara penting yang perlu kita lakukan adalah untuk belajar struktur penulisan di laman yang kita ingin tulis itu terlebih dahulu. Usah hanya tulis semberono tanpa melihat ciri-ciri penting dalam blog sedia ada. Empunya mungkin biasa menggunakan struktur tertentu semasa menulis, ini akan membolehkan kita belajar gaya penulisan yang berbeza.

Semakin banyak kita membuat latihan menulis dengan gaya penulisan yang berbeza, semakin baik skill penulisan kita itu. Skill penulisan ini sebenarnya memang boleh dipupuk dan dilatih sebelum ianya menjadi satu skill yang matang.

menulis dengan penuh tanggungjawab

Menulis di laman orang lain, kita perlu sentiasa memastikan ianya lengkap. Anggap sahaja ianya penulisan yang sudah tidak boleh diedit, kita akan lebih teliti dan bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat dalam artikel tersebut.

Perkara yang sama sememangnya kita buat juga di halaman sendiri, namun bila di halaman sendiri, nak ubahsuai tu lebih mudah berbanding di halaman orang lain. Apapun, usah rasa tidak yakin, kita semua ada kelebihan masing-masing yang berbeza. Setiap penulisan itu akan memberikan manfaat kepada yang membaca dengan izin Tuhan. Selamat menulis.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge