Assalamualaikum dan salam sejahtera,
antara perkara yang perlu dihadapi oleh empunya laman adalah kebarangkalian laman akan diserang dengan malware atau perkara yang tidak diingini. Perkara ini memang menjadi sebahagian daripada risiko menguruskan laman.
Andai kita merasakan kita tidak popular, tidak bermakna laman kita akan terlepas daripada risiko ini. Keselamatan laman ini adalah sebahagian daripada perkara yang perlu kita uruskan.
Namun begitu, bagaimana pula kita ingin membuat semakan sekiranya laman kita diceroboh atau telah dijangkiti dengan malware? Ini antara langkah yang membolehkan kita membuat semakan dan tindakan pantas.
Kebanyakan empunya laman yang membiarkan laman mereka tidak dijaga akan mempunyai risiko serangan begini. Mereka tidak sedar laman sudahpun diserang sebab jarang-jarang membuka laman untuk disemak. Sebab itu perkhidmatan penjagaan laman seperti yang disediakan oleh kodkreatif.com amat berguna.
Semakan awal untuk serangan begini boleh kita lakukan dengan membuat scan atau carian menggunakan tools seperti Sucuri siteCheck. Tool percuma ini akan membuat semakan secara kasar untuk laman anda, sekiranya serangan melibatkan paparan muka utama, mereka akan berikan status semakan.
Andai kita dapat mengenalpasti adanya serangan, sila ambil tindakan lanjut, anda boleh mendapatkan service cucian malware dan security hardening daripada kodkreatif. Laman anda akan disemak, dicuci dan diperkemaskan keselamatan yang sepatutnya.
Anda perlu ambil tindakan segera sebelum laman anda disenarai-hitamkan oleh perisian antivirus dan seumpamanya. Jika disenarai-hitamkan, akan lebih sukar dan prestasi laman anda akan terjejas teruk. Laman untuk semakan antivirus ini anda boleh gunakan laman VirusTotal
Anda boleh buat semakan 1 fail atau terus masukkan URL ke dalam ruangan carian tersebut. Paparan status url anda akan terlihat seperti di bawah jika tiada sebarang masalah atau virus yang dikesan.
Semoga laman kita terpelihara dan tidak menjadi sasaran serangan rawak yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Memahami fungsi WordPress Site Health
Assalamualaikum dan salam sejahtera, dalam versi terkini fungsi Site Health Status ini telah pun diperkemaskan dengan paparan 2…... Baca selanjutnya »
Kawalan keselamatan, perlu atau tidak?
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita bercerita mengenai kawalan keselamatan, ianya berkait rapat dengan pantang larang mengusahakan…... Baca selanjutnya »
Antara pantang larang menguruskan laman WordPress
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini ingin berkongsi mengenai pantang larang menguruskan laman WordPress, pantang larang ini bertujuan…... Baca selanjutnya »
Bagaimana nyah-aktifkan plugin bermasalah
Assalamualaikum dan salam sejahtera, sejak kemaskini terbaru WordPress yang memperkenalkan status error yang baru, kita perlu mengenalpasti apa…... Baca selanjutnya »
Laman WordPress diceroboh lagi
Assalamualaikum dan salam sejahtera, setiap minggu pasti akan ada laman WordPress yang diceroboh atau dijangkiti dengan malware dan…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions