Assalamualaikum dan salam sejahtera,
apabila kita bercerita mengenai kawalan keselamatan, ianya berkait rapat dengan pantang larang mengusahakan penulisan. Kita perlu persiapkan sekurang-kurangnya pagar asas agar laman kita tidak mudah diceroboh. Kali ini kita akan berbincang beberapa plugins yang boleh membantu kita memasang pagar ini dengan mudah.
Biasanya penyerang menggunakan robot untuk mencari laman-laman yang tidak dikemaskini dengan kerap. Robot ini akan membuat scanning secara automatik untuk mengenalpasti versi laman yang sedang kita gunakan. Seandainya versi tersebut mempunyai masalah keselamatan yang biasanya telahpun diperkemaskan dalam versi kemudiannya.
Kita akan menjadi mangsa mudah di mata robot pada ketika itu. Walhal, sebenarnya andai kita mengambil inisiatif untuk membuat kemaskini secara kerap dan memastikan kata laluan kita dalam keadaan yang baik, kita tidak akan menjadi sasaran mudah oleh robot-robot ini.
Plugin keselamatan untuk kemudahan
Antara plugin yang biasanya digunakan untuk membantu proses ini adalah seperti iThemes Security, Plugin ini mempunyai versi percuma dan versi berbayar. Untuk kegunaan asas, versi percumanya pun sudah memadai. Ada satu tetapan mudah yang boleh kita gunakan, dan itu adalah perlindungan asas untuk laman kita.
Selain itu, kita juga boleh menambah plugin Login no Captcha reCaptcha untuk menambah satu lagi lapisan keselamatan dalam borang login, borang forgot password dan borang registration.
Plugin ketiga yang boleh kita masukkan dalam senarai adalah Google Authenticator. Plugin ini membolehkan kita mengaktifkan 2 factor authentication semasa proses untuk login ke laman kita. Memang agak leceh sekiranya tak biasa menggunakan proses ini.
Namun ianya akan menyusahkan robot atau penyerang untuk membuat serangan ke atas borang atau laman kita. Penyerang biasanya tidak akan membuang masa untuk laman yang tiada kepentingan tetapi sukar untuk diceroboh.
Anda tak perlu aktifkan semua plugin ini sekaligus, sekiranya tiada ancaman secara langsung. Namun sekiranya ingin mengambil langkah berjaga-jaga, bolehlah memasang plugin-plugin ini. Semuanya ada versi percuma dan versi premium, untuk permulaan ini, cukup sekadar menggunakan versi percuma.
Selamat mencuba.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Perlu atau tidak mengemaskini WordPress, themes dan plugins
Assalamualaikum dan salam sejahtera, dalam menguruskan laman WordPress, salah satu keperluan penting adalah untuk mengemaskini versi WordPress termasuklah…... Baca selanjutnya »
Menulis semasa sedang bercuti, perlu atau tidak? dan bagaimana melakukannya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila bermula sahaja cuti sekolah, ramai ibu bapa mula menyusun pelbagai aktiviti bersama keluarga…... Baca selanjutnya »
Membina borang hubungi menggunakan Contact Form 7
Assalamualaikum dan selamat pagi, kali ini kita akan bercerita mengenai kaedah untuk menyediakan borang hubungi dalam laman. Borang hubungi…... Baca selanjutnya »
Antara perkara penting dalam menguruskan prestasi sebuah laman
Assalamualaikum dan salam sejahtera, dalam menguruskan sebuah laman, ada beberapa perkara penting yang perlu kita titikberatkan. Ini bagi…... Baca selanjutnya »
Menulis ikut mood atau ikut tujuan?
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila bercerita mengenai aktiviti menulis ni, ramai yang menulis ikut mood. Bila rasa nak…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions