Keperluan untuk menyimpan backup data laman

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

salah satu daripada beberapa perkara yang perlu kita uruskan adalah backup data laman. Ini sangat penting untuk memastikan data laman kita tidak hilang sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Perkara tidak diingini ini seperti laman diceroboh, laman dijangkiti malware, server bermasalah dan macam-macam lagi.

Kita sebagai empunya laman perlu mengambil langkah proaktif untuk memastikan semua ini tidak menyebabkan laman kita terus terkubur di alam maya ini. Ada banyak kaedah untuk kita menguruskan backup data ini, antaranya seperti diterangkan di bawah

menyediakan data backup untuk laman anda

Menggunakan plugin untuk menguruskan backup

Ini antara cara yang paling mudah untuk dilakukan, kita boleh menggunakan plugin WordPress yang akan membantu kita menguruskan backup ini dengan mudah. Plugin yang saya gemar untuk gunakan adalah All In One Migration. Plugin ini percuma untuk melakukan backup versi export ke file, namun untuk restoration, perlukan lesen berbayar.

paparan halaman untuk export backup all in one migration, pilih export to file
paparan halaman untuk export backup all in one migration, pilih export to file

Kelebihan plugin ini adalah ianya mudah untuk digunakan, setakat ini, sudah beratus laman yang diuruskan penulis untuk backup dan migration menggunakan plugin ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan untuk restore backup yang telah dibuat, boleh hubungi blogger tua untuk perkhidamatan tersebut.

Menggunakan backup dalam cPanel

Sekiranya anda rasa ingin melakukan aktiviti yang lebih teknikal, anda boleh menggunakan cPanel untuk melakukan backup penuh. Backup penuh ini lebih menyeluruh, kerana ianya akan melakukan backup keseluruhan akaun hosting kita. Berguna sekiranya kita ingin membuat migrasi sepenuhnya termasuk lain-lain setting dalam hosting kita.

Jika tidak, backup menggunakan plugin seperti diterangkan diatas lebih mudah sebenarnya. Sebab bukan setiap masa kita memerlukan backup penuh seperti menggunakan fungsi backup cPanel ini. Caranya adalah mudah, anda hanya perlu ke menu Backup kemudian run full backup dan store sahaja dalam home directory.

contoh tetapan full backup dalam cPanel
contoh tetapan full backup dalam cPanel

Kebiasaannya, saiz file backup cPanel ini lebih besar berbanding menggunakan plugin All In One Migration. Apapun, kedua-dua file backup ini sebaiknya anda download ke dalam laptop atau komputer anda untuk melakukan simpanan pendua.

Semoga perkongsian ringkas kali ini akan membolehkan anda menyediakan backup data untuk sebarang kejadian kecemasan yang mungkin berlaku.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge