Assalamualaikum dan salam sejahtera,
antara soalan yang paling kerap diterima adalah, berapa patah perkataan yang paling sesuai untuk artikel yang mementingkan strategi untuk search engine optimization atau SEO.
Soalan ini perlu dijawab mengikut konteks yang berbeza-beza, jika kita ingin menulis untuk mensasarkan kedudukan di pasaran antarabangsa, mungkin kita akan memerlukan artikel yang panjangnya lebih 2000 patah perkataan dan ditulis dengan baik.
Namun begitu, berbeza pula jika kita ingin mensasarkan kedudukan atau ranking untuk pasaran tempatan atau pasaran Malaysia. Jumlah perkataan bukan isu utama apabila kita menulis untuk pasaran di Malaysia. Anda boleh menulis artikel yang pendek dan mendapat kesan yang sama dengan artikel yang panjang.
Di sini penting untuk kita memahami kelakuan atau budaya masyarakat setempat. Secara umumnya, majoriti rakyat malaysia kurang gemar membaca kecuali untuk bahan-bahan bacaan hiburan dan yang ringan di minda. Memang ada juga yang gemar, namun masih dalam peraturan yang tidak terlalu besar.
Di sini penting untuk kita memikat mereka ini dengan penulisan yang tidak terlalu berat, tetapi sampai maksud yang ingin kita sampaikan. Penggunaan gabungan teks, gambar, audio, video akan membantu dalam usaha menarik perhatian pembaca.
Sentiasa ingat dalam minda, teknik menulis untuk pembaca sangat berfaedah untuk pasaran di Malaysia. Kita akan dapat melihat impaknya dalam tempoh yang singkat. Semakin kita fokus kepada pembaca, semakin hebat dan mantap perjalanan dan strategi untuk memantapkan SEO kita.
Jadi apakah jawapan untuk soalan, berapa patah perkataan yang perlu kita tulis?
Jawapan mudahnya adalah, kita tulislah berapa patah perkataan pun yang kita mampu tulis, apa yang lebih penting, pemahaman dan penerimaan pembaca. Apabila penulis kita itu sampai ke lubuk hati pembaca, jumlah patah perkataan sudah tidak menjadi isu. Kita fokus pada membina perhubungan dengan pembaca.
Apabila perhubungan ini terbina, selepas itu, banyak kesan positif yang akan kita nikmati, termasuklah dari sudut SEO.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Beza pasaran tempatan dan pasaran antarabangsa
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini ingin bercerita mengenai SEO, atau nama panjang Search Engine Optimization. SEO di…... Baca selanjutnya »
Membaca untuk memperbaiki penulisan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, antara perkara penting yang perlu kita buat sekiranya ingin sentiasa memperbaiki penulisan adalah membaca….... Baca selanjutnya »
Jenis-jenis blog yang boleh diusahakan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila bercerita mengenai blog, sebenarnya ada banyak jenis blog yang boleh kita usahakan. Antaranya…... Baca selanjutnya »
Artikel bermusim yang bersifat evergreen
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita mengusahakan penulisan artikel, ada banyak topik yang akan menjadi topik evergreen atau…... Baca selanjutnya »
Suka betul baca penulisan dia
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Suka betul baca penulisan dia, seronok jer baca. best sangat! ... Baca selanjutnya »
Reader Interactions