Assalamualaikum dan salam sejahtera,
antara perkara penting yang perlu kita buat sekiranya ingin sentiasa memperbaiki penulisan adalah membaca. Hanya dengan membaca penulisan kita akan boleh diperbaiki. Pada awalnya kita akan cenderung untuk meniru atau mengikut cara penulisan penulis yang sedang kita baca.
Lama kelamaan, kita akan dapat mengolah penulisan tersebut untuk menjadi penulisan dengan cara kita yang tersendiri. Terpengaruh dengan gaya penulisan orang lain bukanlah satu kesalahan, kita bukan menyalin penulisan mereka tetapi kita hanya terpengaruh gaya olahan dan seumpamanya.
Mungkin ada perkataan-perkataan yang kita jarang gunakan, namun bila kita banyak membaca bahan bacaan yang bagus seperti novel, buku ilmiah dan seumpamanya, kosa kata kita akan bertambah dan olahan ayat kita juga akan boleh dipelbagaikan.
Bahan bacaan mempengaruhi penulisan
Penting sebenarnya untuk kita memilih bahan bacaan harian kita agar penulisan kita bertambah baik. Andai kita banyak membaca portal gossip dan seumpamanya, kebarangkalian kosa kata kita bertambah baik adalah sangat tipis. Ianya mungkin sesuai untuk dunia hiburan dan gossip, tetapi tidak untuk penulisan dalam topik lebih umum.
Bacaan novel akan membolehkan kita menulis dengan membawa emosi pembaca dengan lebih baik. Ini akan membolehkan kita membina perhubungan dengan pembaca dengan lebih cepat dan teratur. Semakin hebat kita dapat menyentuh emosi mereka, semakin berkesan penulisan yang kita terbitkan itu.
Kita pernah bercerita bagaimana menyelesaikan masalah pembaca akan memberikan impak yang bagus, begitu juga penulisan yang dapat menyentuh emosi mereka. Ini perkara yang adakalanya suka untuk diterangkan dengan perkataan, tetapi emosi dalam penulisan memang wujud.
Andai kita sedang gembira, usahlah tulis cerita yang sedih, begitu juga sebaliknya. Kawal emosi semasa kita sedang menulis, andai ragu-ragu kita perlu berehat seketika agar emosi kita stabil dan dapat menulis dengan baik.
Jadikan membaca sebagai rutin harian
Sepertimana latihan untuk menjadikan penulisan itu sebagai satu rutin harian, kita juga perlu menjadikan membaca setiap hari itu sebagai rutin kehidupan kita setiap hari juga. Ini akan menjadikan kita seorang yang banyak ilmunya, bagus bahasanya dan sentiasa mempunyai disiplin diri untuk menambah baik penulisan.
Apabila penulisan kita memberikan kesan positif kepada pembaca, ketika itu, menukarkan mereka daripada pembaca kepada pembeli akan lebih mudah. Perkara ini tidak berlaku serta merta dan perlukan masa agar ianya menjadi matang dan mantap.
Semoga kita semua akan dapat konsisten menulis dan dalam masa yang sama istiqomah membaca untuk menghasilkan lebih banyak karya-karya santai yang akan membantu ramai pembaca serta orang ramai di luar sana.
Selamat menulis dan membaca.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Suka betul baca penulisan dia
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Suka betul baca penulisan dia, seronok jer baca. best sangat! ... Baca selanjutnya »
Penulisan yang dipaksa-paksa
Assalamualaikum dan salam sejahtera, bercerita mengenai menulis ni, memang banyak perkara yang akan kita hadapi. Antaranya adalah memaksa…... Baca selanjutnya »
Menguruskan sangkaan dalam penulisan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita mula banyak menerbitkan artikel di laman kita, ada banyak kesan yang akan…... Baca selanjutnya »
4 Langkah penting untuk menyiapkan artikel dalam masa yang singkat
Assalamualaikum dan salam sejahtera, antara perkara yang seringkali menjadi masalah kepada penulis baru adalah mengambil masa yang terlalu…... Baca selanjutnya »
Berehat ketika perlu, untuk teruskan dengan lebih jitu
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila menguruskan laman sesawang dan artikel secara intensif, memang ada ketika kita terasa seperti…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions