Menguruskan Call To Action yang efektif

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

apabila kita menguruskan halaman jualan dalam web atau blog kita, penting untuk kita mengenalpasti Call To Action (CTA) atau arahan untuk tindakan yang paling efektif. Perkara ini perlu diuji dengan tersusun agar kita tidak sekadar menggunakan lambakan CTA tetapi tidak mengetahui yang mana satu paling berkesan.

Tools seperti Google Analytics boleh membantu kita membuat penilaian ini, kita hanya perlu membuat tetapan khusus agar setiap halaman mempunyai cara membuat tindakan yang boleh diukur. Paling banyak kita hanya boleh meletakkan 2 arahan sahaja agar pembaca atau bakal pelanggan tidak keliru.

menyusun call to action dengan baik untuk hasil yang lumayan

Sekiranya kita ingin menguji beberapa CTA, pecahkan dalam beberapa halaman jualan agar kita dapat buat perbandingan. Ini salah satu perkara penting untuk kita buat ujikaji agar conversion rate kita dapat ditingkatkan. Secara umum, conversion rate untuk sesebuah laman dengan menggunakan ecommerce adalah sekitar 2-3% sahaja.

Kadar ini memang nampak rendah, tetapi mereka menambah hasil dengan meningkatkan trafik yang hadir ke halaman mereka. Kita boleh tingkatkan kadar ini dan tidak perlu melabur terlalu banyak untuk mendapatkan trafik yang banyak.

Kita mahukan trafik yang berkualiti dan ditambah dengan halaman jualan yang telah dioptimasi, ianya akan memberikan impak dan hasil yang kita mahukan. Ini hanyalah sebahagian daripada proses untuk membuat jualan tanpa perlu penglibatan kita secara langsung.

cuba uji untuk mendapatkan hasil yang diinginkan

Bayangkan kita boleh membuat jualan sedang kita bercuti di kampung, berehat di destinasi impian, atau sekadar bermain-main dengan anak-anak di rumah. Ini perkara yang tidak mustahil untuk kita nikmati, namun proses mendapatkan flow dan funnel yang betul itu ada ketika memerlukan masa yang agak lama.

Hari ini, membuat jualan dalam dunia online bukanlah perkara yang terlalu rumit jika kita memahami asas untuk mendapatkan pelanggan, mengumpulkan mereka di satu tempat sebelum kita menjadikan mereka pelanggan kita yang tidak merasakan kita menjual untuk kepentingan diri kita semata-mata.

Kita akan berbincang lebih mendalam mengenai 12 elemen yang perlu kita terapkan dalam halaman jualan untuk menjadikan halaman jualan kita itu kalis daripada tiada tarikan. Maksudnya di sini, apabila kita telah menyusun 12 elemen ini dengan baik, kita akan dapat menikmati hasilnya dan hanya masa yang membezakan hasil cepat atau lambat.

Selamat menulis.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge