Assalamualaikum dan salam sejahtera,
apabila bercerita mengenai blog, sebenarnya ada banyak jenis blog yang boleh kita usahakan. Antaranya blog peribadi, blog syarikat, niche blog, blog affiliate, blog produk dan bermacam jenis lagi. Walaupun nampak seakan berbeza, asasnya tetap sama, iaitu setiap blog ini berpaksi pada penulisan artikel yang baik.
Namun proses menguruskan setiap blog ini adalah berbeza-beza. Penting untuk kita ketahui konsep apa yang ingin kita usahakan agar kita tidak sekadar membuang masa dan tenaga mengusahakan sesuatu yang tidak jelas arah tujunya.
Blog yang dirancang dengan baik akan memberikan kita impak jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Ianya membantu untuk kita menguruskan atau membuat pemasaran menggunakan blog yang telah terbina.
Semua jenis blog yang disenaraikan berpotensi untuk menjadi alat pemasaran yang berkesan. Ini kerana blog akan bertapak di premis yang tersendiri dan yang paling penting akan dipaparkan di halaman enjin carian yang digunakan oleh ramai pengguna internet, sedar ataupun tanpa sedar.
Dalam artikel memikat pembaca, kita memang ingin sedaya upaya memikat pembaca agar mereka melekat di blog yang kita usahakan. Bagaimana kita menulis, ianya akan menarik kelompok yang tertentu. Topik yang kita pilih juga akan menarik pembaca yang berbeza. Andai kita ingin memasarkan produk atau perniagaan kita suatu ketika nanti.
Perlulah terlebih dahulu kita persiapkan, siapa sebenarnya kelompok yang ingin kita tarik untuk datang dan melekat membaca artikel-artikel yang kita tulis. Andai kita berjaya mengenalpasti kelompok ini, proses untuk membina blog dan menguruskan artikel akan lebih mudah dan lancar.
Andai hari ini, anda masih belum pasti blog apa yang sedang diusahakan, usah khuatir, tiada salahnya. Apa yang lebih penting, anda teruskan menulis dan menerbitkan lebih banyak artikel. Setiap artikel yang kita terbitkan ini akan memberikan impak suatu hari nanti.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Kos mengusahakan sebuah blog
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita bercerita mengenai mengusahakan blog dan penulisan, pasti ada kos yang terlibat. Walaupun…... Baca selanjutnya »
Membina rutin penulisan yang konsisten
Assalamualaikum dan salam sejahtera, menulis ini adalah aktiviti yang boleh dilatih dan dibuat oleh sesiapa sahaja yang berhendak….... Baca selanjutnya »
4 Langkah penting untuk menyiapkan artikel dalam masa yang singkat
Assalamualaikum dan salam sejahtera, antara perkara yang seringkali menjadi masalah kepada penulis baru adalah mengambil masa yang terlalu…... Baca selanjutnya »
Penulisan yang dipaksa-paksa
Assalamualaikum dan salam sejahtera, bercerita mengenai menulis ni, memang banyak perkara yang akan kita hadapi. Antaranya adalah memaksa…... Baca selanjutnya »
Suka betul baca penulisan dia
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Suka betul baca penulisan dia, seronok jer baca. best sangat! ... Baca selanjutnya »
Reader Interactions