Assalamualaikum dan salam sejahtera,
apabila menguruskan laman sesawang dan artikel secara intensif, memang ada ketika kita terasa seperti terlalu banyak yang ingin ditulis, tetapi akhirnya tidak tahu nak tulis yang mana satu. Andai ini berlaku, ketika itu ianya bukan sebab ketiadaan idea, tetapi disebabkan tidak tahu nak pilih idea yang mana satu untuk menjadi garapan yang sesuai.
Ini sebenarnya perkara yang lebih teruk berbanding writer’s block (disebabkan tiada idea) yang seringkali diceritakan. Apabila kita mengalami perkara ini, aktiviti yang paling baik untuk kita lakukan adalah berehat.
Andai hari tersebut tidak sesuai untuk menerukan penulisan, kita perlulah buat aktiviti lain agar otak kita kembali menjagi rasional. Elakkan daripada memaksa-maksa dalam penulisan kerana ianya akan membinasakan.
Membinasakan diri kita sendiri tak kurang juga membinasakan kelompok pembaca yang telah kita bina. Berehat bukan bermakna kita mengaku kalah, berehat hanya kerana ingin meneruskan perjuangan dengan semangat yang lebih jitu.
Aktiviti yang terlalu padat setiap hari mempengaruhi penulisan
Percaya atau tidak, andai kita tidak mengenalpasti masa terbaik untuk kita menulis, kita akan senang berasa lemas dalam aktiviti yang perlu dilakukan setiap hari. Kerja hakiki yang perlu diselesaikan, tanggungjawab di rumah, tanggungjawab di pejabat, tanggungjawab sebagai anak dan pelbagai lagi.
Semua ini memerlukan perhatian yang tinggi dan andai kita tidak melakukan atau memberi fokus tertentu, akan ada pihak yang teraniaya. Kita tidak mahu semua itu berlaku, penting untuk kita pastikan bahawa kehidupan kita tetap berjalan seperti biasa walaupun kita perlu menulis.
Andai penulisan yang ringkas menyebabkan hidup kita kucar kacir tiada masa, kita perlu belajar untuk menyusun jadual harian dengan lebih tepat. Buat senarai perlu-buat (todo list) sebagai panduan untuk kita selesaikan aktiviti termasuk aktiviti penulisan pada waktu yang terbaik ianya dibuat.
Semoga kita semua menjadi penulis yang konsisten, penulisan yang diterbitkan secara istiqamah akan memberikan impak jangka masa panjang yang luar biasa. Kita bukan sekadar inginkan kuantiti yang banyak setiap hari, tetapi kejarkan kualiti serta tambah konsisten dalam gabungan itu.
Selamat menulis.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Menulis semasa sedang bercuti, perlu atau tidak? dan bagaimana melakukannya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila bermula sahaja cuti sekolah, ramai ibu bapa mula menyusun pelbagai aktiviti bersama keluarga…... Baca selanjutnya »
Menguruskan writer’s block dengan mudah
Assalamualaikum dan salam sejahtera, menulis setiap hari ada ketika boleh menyebabkan kita tertekan dan akhirnya kita memilih untuk…... Baca selanjutnya »
Perlu ke merancang artikel?
Assalamualaikum dan salam sejahtera, dalam penulisan artikel, perlu ke kita merancang terlebih dahulu apa yang kita ingin tulis? ... Baca selanjutnya »
Memikat Google dengan mengorat pembaca
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila bercerita mengenai memikat Google, ianya adalah berkaitan dengan search engine optimization atau singkatan…... Baca selanjutnya »
URL Pendek untuk promosi lebih berkesan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita ingin mempromosikan artikel kita di pelbagai platform online, ada platform yang menyebabkan…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions