Assalamualaikum dan salam sejahtera,
ini adalah perkara penting yang perlu kita semat dalam diri, semasa menulis, berhenti seketika daripada melayari media sosial. Ini sangat penting agar kita dapat menyelesaikan penulisan tanpa sebarang gangguan. Jika anda tidak mampu untuk menahan diri daripada membuka tab baru dalam browser anda dan melayari mana-mana platform media sosial.
Anda boleh menggunakan tool seperti chrome extension Work Mode untuk membantu anda menguruskan perkara ini. Chrome extension ini akan membolehkan anda block terus url platform media sosial berkaitan, sepanjang tempoh anda mengaktifkan work mode ini.
Paparan icon berwarna kelabu seperti di bawah akan kelihatan jika sedang dalam mode nyahaktif, jika ianya sedang aktif, icon berwarna merah pula akan kelihatan.
Fokus penulisan itu lebih penting
Sekiranya kita mengamalkan 4 langkah menulis dengan pantas, adalah amat penting untuk kita meninggalkan terlebih dahulu semula platform media sosial ini. Kita akan mudah terpengaruh dengan anasir-anasir lain yang lebih menyeronokkan.
Tatkala kita berhenti menulis dan ingin menyambung kemudian, biasanya proses menyiapkan sesebuah artikel itu akan mengambil masa yang lebih lama. Fokus yang kita berikan untuk menulis akan menyebabkan artikel yang memerlukan 3 jam sekiranya tidak fokus akan boleh disiapkan dalam masa 15-30 minit sahaja.
Ini adalah manfaat yang akan kita perolehi apabila kita memang memberikan tumpuan sepenuhnya dalam penulisan kita. Artikel akan dapat disiapkan dengan lebih cepat, kita akan lebih tenang dan yang paling penting, produktiviti akan bertambah.
Dekat tapi jauh
Menggunakan chrome extension ini sekadar untuk memberi peringatan kepada kita agar tidak tersasar daripada tujuan asal kita menggunakan laptop. Bila dah buka laptop ni, banyak benda yang akan mudah untuk kita capai. Dunia tanpa sempadan itu memang benar, ianya perlu diuruskan dengan baik.
Bayangkan hanya dengan satu klik, kita dah boleh buka Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain platform media sosial. Itu jika menggunakan laptop, jika kita menggunakan telefon, cabarannya lebih besar.
Di telefon juga ada aplikasi-aplikasi produktiviti yang boleh kita gunakan agar dalam ketika kita sedang mengusahakan penulisan, semua yang lain itu akan dihentikan buat seketika. Mode tanpa gangguan ini akan membolehkan lebih banyak artikel diterbitkan dan akhirnya kita akan memungut hasil daripadanya.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Berapa patah perkataan yang sesuai
Assalamualaikum dan salam sejahtera, antara soalan yang paling kerap diterima adalah, berapa patah perkataan yang paling sesuai untuk…... Baca selanjutnya »
Kos mengusahakan sebuah blog
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita bercerita mengenai mengusahakan blog dan penulisan, pasti ada kos yang terlibat. Walaupun…... Baca selanjutnya »
Jenis-jenis blog yang boleh diusahakan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila bercerita mengenai blog, sebenarnya ada banyak jenis blog yang boleh kita usahakan. Antaranya…... Baca selanjutnya »
Membuah olahan daripada penulisan orang lain
Assalamualaikum dan salam sejahtera, andai selepas kita membuat proses menjana idea tetapi masih terasa seperti ada sesuatu yang…... Baca selanjutnya »
Menguruskan sangkaan dalam penulisan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita mula banyak menerbitkan artikel di laman kita, ada banyak kesan yang akan…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions