Siapa Blogger Tua

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Blogger tua merupakan satu gelaran yang dibawa oleh seorang individu yang telah berkecimpung dalam dunia penulisan blog ini lebih 15 tahun. Blogger tua melambangkan tempoh yang berada dalam dunia blogging ini.

Blogger tua telah mengusahakan pelbagai jenis blog termasuk blog peribadi, blog perniagaan, video blog, blog teknikal dan pelbagai lagi.

Semua blog ini dibina untuk pelbagai tujuan, antaranya adalah untuk menyampaikan ilmu dan pengalaman, membuat jualan secara langsung, menjana pendapatan secara tak langsung dan ada juga bertujuan untuk bereksperimen.

Setiap apa yang dilakukan oleh blogger tua bertujuan untuk memberikan tambah nilai kepada sesiapa yang mengikuti majlis ilmu atau sesi perkongsian bersama seorang blogger tua.

Semoga bloggertua.com ini akan dapat memberikan panduan dan pandu arah kepada sesiapa yang ingin menceburkan diri dalam bidang online terutamanya dalam bidang penulisan dan pengurusan laman sesawang atau laman blog.

Salam perkenalan untuk semua.