Assalamualaikum dan salam sejahtera,
andai selepas kita membuat proses menjana idea tetapi masih terasa seperti ada sesuatu yang tak kena. Strategi seterusnya adalah untuk membuat olahan berdasarkan idea dan penulisan orang lain. Kita bukan ingin menyalin artikel mereka, tetapi menggunakan idea dan intipati untuk menjadikannya artikel yang kita tulis dan olah sendiri.
Cara ini menyebabkan kita tidak mempunyai alasan untuk tidak menulis perkara tersebut, andai ada orang lain dah tulis, bermaksud sekurang-kurangnya ada seorang yang berminat mengenai perkara itu, iaitu penulis asal artikel tersebut.
Ini peluang untuk kita membuat garapan lebih baik dan lebih padat berbanding garapan asal penulis. Peluang untuk mempunyai artikel yang lebih baik berbanding sumber rujukan kita, namun perlulah kita memahami sepenuhnya topik tersebut agar tidaklah kita sekadar melepaskkan batuk di tangga.
Tiada mengapa membuat olahan semula
Andai ada yang merasa ragu-ragu untuk membuat olahan semula, terasa seperti kita menceroboh hak penulis asal, kita perlu berhenti di situ. Andai kita menyalin bulat-bulat, ya itu memang sesuatu yang salah dan tidak beretika. Namun sekiranya kita menjadikan artikel itu sebagai sumber idea atau rujukan, itu sesuatu yang tidak menyalahi apa-apa etika penulisan.
Kita hanya menjadikan intipati artikel itu sebagai idea untuk kita mengolah penulisan kita sahaja. Gaya bahasa, cara penyampaian adalah berbeza sebab kita menulis sebagai diri sendiri, bukan sebagai penulis asal.
Bahkan, kita boleh menambah hyperlink ke artikel asal sebagai salah satu cara untuk kita menghargai penulisan beliau. Ini akan secara langsung membina hubungan yang baik antara dua orang penulis. Perhubungan yang akan memberikan manfaat sekiranya kita uruskan dengan baik.
Olahan tersendiri memberi impak berbeza
Olahan yang kita tulis sendiri sebenarnya akan memberikan impak yang berbeza, kita tak perlu terlalu memikirkan artikel asal. Apa yang penting adalah idea dan isi penting yang kita dapat daripada artikel tersebut. Selepas itu, apa yang perlu kita lakukan adalah menjadikan idea itu seperti kita yang punya.
Mantap bukan?
Tanpa melanggar etika penulisan, kita telah mempunyai karya baru hanya kerana cetusan idea oleh artikel lain tadi. Jadikanlah artikel rakan-rakan kita sebagai sumber rujukan dan cetusan idea yang luar biasa. Kita akan dapat meneruskan aktiviti penulisan dengan lebih lancar.
Selamat menulis.
Artikel Menarik Untuk Anda:
4 Langkah penting untuk menyiapkan artikel dalam masa yang singkat
Assalamualaikum dan salam sejahtera, antara perkara yang seringkali menjadi masalah kepada penulis baru adalah mengambil masa yang terlalu…... Baca selanjutnya »
Suka betul baca penulisan dia
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Suka betul baca penulisan dia, seronok jer baca. best sangat! ... Baca selanjutnya »
Alamak, nak tulis apa ni?
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita kerap menulis dan membaca artikel daripada blog orang lain, akan tiba satu ketika,…... Baca selanjutnya »
Penulisan yang dipaksa-paksa
Assalamualaikum dan salam sejahtera, bercerita mengenai menulis ni, memang banyak perkara yang akan kita hadapi. Antaranya adalah memaksa…... Baca selanjutnya »
Menguruskan sangkaan dalam penulisan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita mula banyak menerbitkan artikel di laman kita, ada banyak kesan yang akan…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions