Assalamualaikum dan salam sejahtera,
sebelum ni kita pernah bercerita kaedah untuk mengaktifkan google search console dan bagaimana meletakkan artikel kita ke dalam google menggunakan search console ini. Andai anda telah membuat aturan untuk proses indexing artikel ke dalam google.
Anda akan mempunyai sedikit data untuk digunakan sebagai tujuan pembelajaran. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh kita analisa untuk menilai sejauh mana blog kita telah berkembang pesat.
Performance tab dalam Google Search Console
Dalam menu performance ini, kita boleh lihat secara kasar prestasi laman kita dalam enjin carian google. Contoh berapa banyak trafik, berapa banyak klik, ratio klik dan berkaitan akan dapat kita lihat di sini. Senarai kata kunci yang sangkut di laman kita juga akan dapat dilihat di halaman ini.
Untuk blog baru yang belum dipromosikan secara menyeluruh, statistik ini agak rendah. Namun purata CTR sebagai 9.1% itu adalah angka yang menarik, ianya menunjukkan hasil carian yang disenaraikan menyebabkan orang klik ke artikel tersebut.
average positions adalah 60.8, sebagai blog baru, memang belum banyak artikel yang duduk di halaman pertama, namun ianya akan bertambah dari masa ke semasa kerana strategi yang sedang digunakan ini, adalah strategi jangka masa panjang.
Masih terlalu awal untuk membuat rumusan prestasi. Perlu ada lebih banyak data untuk membuat analisa yang lebih tepat dan jitu.
Coverage tab Google Search Console
Dalam ruangan ini, ianya adalah untuk menunjukkan sekiranya ada halaman yang tidak dapat dilayari. Ada ketika, memang kita tidak mahu google atau robot untuk melayari sesuatu laman atas pelbagai sebab. Ada juga ketika, laman yang sepatutnya kita ingin mereka layari, tidak dapat dilayari.
Ketika itu, penting untuk kita kenalpasti punca masalah dan perbaiki punca tersebut untuk mengelakkan halaman yang sepatutnya berada di laman carian tidak dapat diindex oleh Google.
Mobile usability tab Google Search Console
Dalam ruangan ini, statistik hanya memfokuskan trafik dan page yang melibatkan mobile. Jika tiada masalah yang muncul, graf kosong berwarna putih akan dapat dilihat bersama line berwarna biru untuk jumlah impression yang diterima.
Jika terdapat apa-apa ralat di sini, penting untuk kita lihat dan kenalpasti puncanya, kerana zaman sekarang, lebih 60% pengguna internet menggunakan telefon pintar untuk melayari internet, termasuklah melayari artikel yang kita terbitkan.
Ini serba sedikit fungsi yang boleh kita gunakan untuk melihat data-data yang terkumpul dalam Google Search Console. Selamat menulis.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Bagaimana mengaktifkan Google Search Console
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini akan berkongsi bagaimana untuk mengaktifkan Google Search Console dengan cara yang mudah….... Baca selanjutnya »
Langkah-langkah untuk memikat Google
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila bercerita mengenai Google, mengenai halaman pertama enjin carian, pasti ramai empunya laman menggemarkan…... Baca selanjutnya »
Memikat Google dengan mengorat pembaca
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila bercerita mengenai memikat Google, ianya adalah berkaitan dengan search engine optimization atau singkatan…... Baca selanjutnya »
Google sandbox untuk laman baru
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Google sandbox ini merupakan konsep di mana laman baru berada di bawah pemerhatian Google….... Baca selanjutnya »
Reader Interactions