Assalamualaikum dan salam sejahtera,
dalam menguruskan sebuah laman, ada beberapa perkara penting yang perlu kita titikberatkan. Ini bagi memastikan laman kita berada di tahap yang baik terutama jika kita menggunakan platform seperti WordPress.
WordPress mempunyai begitu banyak plugins tambahan yang boleh kita gunakan sehinggakan ianya menyebabkan ada plugin yang mengganggu prestasi laman. Jika kita tersilap langkah menggunakan plugin yang tidak bagus, prestasi laman kita pasti akan tergugat. Semakan prestasi ada beberapa peringkat.
Semakan prestasi asas dan peringkat lanjutan
Peringkat paling mudah adalah dengan membuat semakan prestasi kelajuan dan skor menggunakan tools percuma seperti gtmetrix.com atau webpagetest.org
Kedua-dua tools ini memberikan kita gambaran prestasi kasar laman kita dari sudut jumlah saiz halaman, kelajuan capaian, jumlah requests, tempoh untuk first byte dan beberapa lagi indikator yang membolehkan kita membuat penilaian awal.
Namun begitu, ada juga perkara yang tidak dapat dikenalpasti oleh kedua-dua tools ini. Kita perlu buat semakan yang lebih mendalam terutama apabila ianya melibatkan capaian database yang dilakukan oleh plugin-plugin atau theme yang kita gunakan.
Plugin seperti query monitor dapat membantu mengenalpasti plugin atau theme yang membuat query yang tidak bagus. Ada definisi seperti slow query akan menyebabkan laman kita menjadi lembap dan susah untuk dilayari. Penggunaan query monitor ini adalah untuk pengguna yang lebih berpengalaman,
Jika anda rasa pening kepala bila dah aktifkan plugin query monitor ni, usah teruskan pening kepala tersebut, tetapi mintalah perkhidmatan daripada mereka yang lebih mahir seperti brader blogger tua kita.
Pilih plugin yang aktif dibangunkan
Andai kita ingin membuat pemilihan plugin yang ingin digunakan, beberapa ciri ini penting untuk kita kenalpasti. Antaranya adalah
- Pilih plugin yang masih aktif di bangunkan, caranya dengan melihat bila kali terakhir ianya dikemaskini, jika melebihi 12 bulan, hati-hati, mungkin projek itu telah terbengkalai.
- Lihat review dan komen pengguna lain, jika banyak positif review dan komen yang baik, kita boleh teruskan.
- Lihat jumlah plugin itu telah dimuat turun atau sedang digunakan pakai, statistik ini ada dipaparkan di halaman plugin WordPress.
Jika semua ciri-ciri ini melihatkan perkara yang positif, kita bolehlah mencuba untuk memasang plugin itu dan menggunakannya. Jika tidak, dapatkanlah khidmat nasihat daripada mereka yang lebih berpengalaman.
Selamat menguruskan laman anda dengan baik.
Artikel Menarik Untuk Anda:
4 Langkah penting untuk menyiapkan artikel dalam masa yang singkat
Assalamualaikum dan salam sejahtera, antara perkara yang seringkali menjadi masalah kepada penulis baru adalah mengambil masa yang terlalu…... Baca selanjutnya »
Kawalan keselamatan, perlu atau tidak?
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita bercerita mengenai kawalan keselamatan, ianya berkait rapat dengan pantang larang mengusahakan…... Baca selanjutnya »
Perlu ke merancang artikel?
Assalamualaikum dan salam sejahtera, dalam penulisan artikel, perlu ke kita merancang terlebih dahulu apa yang kita ingin tulis? ... Baca selanjutnya »
Bagaimana menguruskan pemasaran untuk artikel yang berkesan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita membina blog atau laman sesawang dan mengusahakan penulisan artikel di dalamnya, penting…... Baca selanjutnya »
Menguruskan watermark pada gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita menulis artikel, penting untuk kita masukkan gambar untuk pelbagai tujuan. Antaranya adalah…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions