4 Langkah penting untuk menyiapkan artikel dalam masa yang singkat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

antara perkara yang seringkali menjadi masalah kepada penulis baru adalah mengambil masa yang terlalu lama untuk menyiapkan sesebuah artikel. Masalah lain yang berkaitan adalah artikel yang ditulis tidak diselesaikan penulisannya.

Ini akan menyebabkan kita tidak mempunyai penulisan baharu dan dalam masa yang sama menyebabkan tujuan asal kita menulis tidak dapat dicapai. Di sini kita akan membuat latihan bagaimana untuk menyiapkan sebuah artikel kurang dari 1 jam.

langkah menulis artikel dengan pantas

01. Fahami dengan mendalam topik yang ingin ditulis

Menulis topik baru akan menyebabkan kita terpaksa buat banyak rujukan semasa proses menulis dibuat. Sebaiknya kita mulakan penulisan dengan topik-topik atau cerita yang kita fahami dengan mendalam.

Apa juga topik yang ingin kita tulis, seandainya kita perlu buat rujukan (bukan fakta) ianya bermaksud kita masih belum benar-benar faham mengenai topik tersebut.

Fahami sesuatu perkara dan mulakan penulisan tersebut.

fahami topik yang ingin ditulis atau diceritakan

02. Tulis sehingga selesai sebelum memasukkan gambar

Ini antara perkara yang penting untuk kita buat. Elakkan mencari gambar semasa sedang menulis. Kita akan mudah untuk terpesong atau beralih arah untuk membuat perkara yang tak sepatutnya.

Sudah banyak ketika, perkara-perkara seperti tak jumpa gambar menarik, nak kena edit gambar dan pelbagai lagi, menyebabkan penulisan kita tidak selesai.

Apabila ingin menyambung semula penulisan tersebut, kita sudah tidak ada idea atau sudah lari olahan asal yang ingin kita buat.

masukkan gambar di akhir penulisan

03. Tulis mengikut gaya bahasa seperti kita sedang berborak dengan rakan

Teknik berborak untuk menulis ini akan membantu kita menulis dengan lancar. Ini kerana kita jarang-jarang akan berfikir perkataan atau benda-benda tidak penting semasa ingin bercerita dengan rakan atau pasangan kita.

Ini juga akan memberikan kita latihan penulisan dengan emosi yang baik, berboraklah semasa menulis, sepertimana sedang dilakukan untuk menulis artikel ini.

Jauh di sudut hati, memang penulisan ini sedang diborakkan dengan anda semua yang sedang membaca artikel ini.

gambar hiasan sebagai penyeri artikel

04. Cari gambar sesuai atau gambar hiasan menarik

Akhir sekali, barulah kita mencari gambar untuk dimasukkan ke dalam artikel yang kita ingin terbitkan. Proses ini akan menyebabkan artikel kita berjaya ditulis sehingga tamat. Kemudian kita akan dapat melihat di mana kesesuaian untuk gambar diletak dalam artikel.

Pencarian gambar ini sebenarnya tidaklah lama, kita hanya perlu gunakan gambar yang bersesuaian. Tidak perlu habiskan masa terlalu lama dalam proses mencari gambar.

Laman seperti pixabay.com, freeimages.com memberikan anda pelbagai jenis gambar secara percuma untuk digunakan dalam penulisan anda. Semoga dengan 4 langkah mudah ini, anda akan dapat menyiapkan artikel dengan lebih pantas.

nota kaki: artikel ini ditulis dalam tempoh kurang 10 minit dan diterbitkan dalam tempoh 21 minit (masa keseluruhan).

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge