Assalamualaikum dan salam sejahtera,
apabila bercerita mengenai aktiviti menulis ni, ramai yang menulis ikut mood. Bila rasa nak tulis, mereka akan tulis, jika tiada mood, mulalah pelbagai alasan yang dikeluarkan.
Pada awal penglibatan dalam bidang penulisan, memang alami perkara yang sama, hanya menulis bila ada mood nak menulis. Biasanya mood ini pula hadir dan pergi tanpa tentu masa.
Menetapkan tujuan kita menulis
Andai kita tidak meletakkan tujuan kenapa kita ingin menulis, memang kita hanya akan tulis apabila kita ada masa lapang atau apabila kita mempunyai mood. Ini adalah motivasi yang sangat lemah.
Tetapkan tujuan kenapa kita menulis, contoh kita ingin menyampaikan ilmu untuk saham akhirat. Atau kita mungkin ingin membina jenama untuk tempoh jangka masa yang panjang.
Apabila kita meletakkan tujuan yang besar, ketika kita tiada mood, kita tetap akan teruskan aktiviti menulis kerana kita tahu, sekiranya kita tidak berbuat demikian, kita akan lebih lambat mencapai hasil yang kita inginkan.
Penulisan sebagai wakil diri kita
Banyak keadaan, penulisan ini sangat baik diusahakan kerana ianya dapat membantu kita bercerita kepada ramai orang serentak tanpa perlu kita berada tempat kejadian. Apabila ini berlaku, kita akan dapat meningkatkan kredibiliti dengan baik.
Laman sesawang atau blog yang sunyi tanpa sebarang artikel baru, akan nampak lesu. Ianya tambah lesu seandainya baru ada kurang daripada 10 artikel yang telah diterbitkan.
Ini akan memberikan tanggapan kepada pelawat baru, laman ini mungkin baru dibina atau ianya diusahakan sambil lewa sahaja oleh tuan rumah. Kita tidak mahu tanggapan seperti ini berlaku.
Aturan atau jadual penulisan yang konsisten akan dapat membantu kita mencapai tujuan ini. Kita tidak perlu paksa diri untuk tulis dengan sempurna.
Tiada kesempurnaan dalam kehidupan di dunia ini, apa yang lebih penting adalah untuk kita usahakan terlebih dahulu. Tulis dan terbit, kemudian perbaiki dari masa ke semasa.
Semakin banyak kita menulis, semakin baik penulisan kita akan dapat dihasilkan. Ianya merupakan latihan berpanjangan yang perlu dilakukan secara istiqamah.
Selamat menulis.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Menulis semasa sedang bercuti, perlu atau tidak? dan bagaimana melakukannya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila bermula sahaja cuti sekolah, ramai ibu bapa mula menyusun pelbagai aktiviti bersama keluarga…... Baca selanjutnya »
Perlu ke merancang artikel?
Assalamualaikum dan salam sejahtera, dalam penulisan artikel, perlu ke kita merancang terlebih dahulu apa yang kita ingin tulis? ... Baca selanjutnya »
Suka betul baca penulisan dia
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Suka betul baca penulisan dia, seronok jer baca. best sangat! ... Baca selanjutnya »
Kaedah terbaik menguruskan artikel bersiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera, semakin banyak penulisan yang kita terbitkan, semakin banyak yang akan kita dapat pelajari. Menulis…... Baca selanjutnya »
Alamak, nak tulis apa ni?
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita kerap menulis dan membaca artikel daripada blog orang lain, akan tiba satu ketika,…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions