Assalamualaikum dan salam sejahtera,
apabila kita menulis artikel, penting untuk kita masukkan gambar untuk pelbagai tujuan. Antaranya adalah untuk menjadikan promosi di laman sosial lebih kemas dan menarik. Namun begitu, dalam masa yang sama, kita perlu menguruskan gambar ini dengan baik.
Ramai yang gemar untuk meletakkan watermark untuk pelbagai tujuan. Tujuan paling popular adalah untuk mengelakkan daripada orang lain menggunakan gambar kita atau mencuri untuk kegunaan mereka masing-masing.
Gambar rosak kerana pengurusan watermark yang tidak tepat
Jika kita lihat gambar contoh di bawah ini, ini adalah antara perkara yang akan menyebabkan gambar-gambar yang sepatunya menjadi penyeri tetapi bertukar menjadi sebaliknya. Semuanya kerana pengurusan watermark yang kurang tepat.
Contoh gambar roses di atas ini mengganggu pengalaman pembaca untuk melihat gambar itu dengan lebih baik. Apabila kita ingin menyampaikan apa-apa info, sentiasa berikan yang terbaik.
Dalam dunia digital, pencuri memang akan ada, letaklah watermark sebesar gunung pun, mereka tetap akan curi dan menjadikannya gambar mereka. Watermark sebenarnya boleh dipadam dengan beberapa langkah sahaja.
Contoh watermark dalam gambar di atas ini, ianya lebih kecil, tetapi masih mengganggu pengalaman pembaca untuk menikmati keseluruhan gambar yang kita gunakan.
Dalam contoh yang ketiga ini, kita hampir tidak perasan kewujudan watermark itu kecuali meneliti dengan sebaiknya. Ini antara contoh mudah watermark yang kurang mengganggu gambar. Namun sebaiknya, andai kita ingin memberikan pengalaman terbaik, boleh buang sahaja watermark ini.
Yang akan menggunakan atau mencuri gambar kita hanyalah segelintir, apabila ianya menjadi masalah yang kritikal, barulah kita ambil langkah pencegahan ketika itu.
Bak kata pepatah, “usah disebabkan marahkan nyamuk seekor, kelambu dibakar”
Semoga selepas ini, kita akan fokus pada pengalaman pembaca, kerana perlu ingat, untuk kita memikat google, kita perlu mengorat pembaca. Semakin bagus pengalaman pembaca, semakin hebat perhubungan akan dapat dibina.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Bagaimana memasukkan gambar dalam preview promosi media sosial
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini ingin berkongsi bagaimana untuk kita melakukan promosi di media sosial seperti Facebook…... Baca selanjutnya »
Kaedah terbaik menguruskan artikel bersiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera, semakin banyak penulisan yang kita terbitkan, semakin banyak yang akan kita dapat pelajari. Menulis…... Baca selanjutnya »
Menguruskan sangkaan dalam penulisan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita mula banyak menerbitkan artikel di laman kita, ada banyak kesan yang akan…... Baca selanjutnya »
Menguruskan writer’s block dengan mudah
Assalamualaikum dan salam sejahtera, menulis setiap hari ada ketika boleh menyebabkan kita tertekan dan akhirnya kita memilih untuk…... Baca selanjutnya »
Suka betul baca penulisan dia
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Suka betul baca penulisan dia, seronok jer baca. best sangat! ... Baca selanjutnya »
Reader Interactions