Assalamualaikum dan salam sejahtera,
menulis ini adalah aktiviti yang boleh dilatih dan dibuat oleh sesiapa sahaja yang berhendak. Ianya tidak perlukan bakat kerana bakat dalam penulisan ini boleh kita pupuk dengan menulis dalam sela masa yang bersesuaian.
Semasa baru mula menulis, memang kita mungkin akan rasa kekok dan terbeban dengan apa yang perlu dilakukan. Namun begitu, ini semua akan menjadi semakin mudah apabila kita telah melalui satu tempoh perubahan rutin yang baru.
Kekalkan penulisan pada masa yang ditetapkan
Dalam artikel mengenalpasti waktu penulisan yang berkesan, kita telah mengenalpasti waktu sesuai atau waktu paling produktif untuk kita menulis. Ini adalah perkara penting yang perlu kita kenalpasti supaya proses penulisan akan lebih lancar.
Selain itu, kita perlu juga menetapkan jadual penerbitan untuk artikel kita. Tujuan utama adalah untuk memberikan satu pattern yang boleh dipelajari oleh pembaca setia blog kita. Pada awalnya mungkin kesannya tidak akan begitu ketara, namun apabila kita telah mengusahakan penulisan untuk sekian waktu, ianya akan mula menampakkan kesan.
Jadual yang akan di pelajari tanpa sengaja
Rutin penerbitan artikel ini akan memberikan impak positif kerana ianya membolehkan pembaca setia mengetahui jadual penerbitkan artikel di blog kita. Mereka akan menanti bila artikel kita akan diterbitkan dan seterusnya menyebabkan mereka menjadi pengikut yang sangat penting untuk blog kita.
Bayangkan, tatkala kita tidak mengikut aturan yang telah dibuat, akan ada pembaca setia ini yang tertanya-tanya kenapa tiada lagi artikel yang sepatutnya diterbitkan. Andai ini berlaku, kita telah berjaya membina rutin penerbitan artikel yang sepatutnya.
Selepas ini, kita hanya perlu mengikut aturan yang telah kita tetapkan. Tak perlu nak ikut waktu orang lain, kerana setiap individu itu adalah berbeza.
Selamat menulis
Artikel Menarik Untuk Anda:
Membina aturan penulisan mengikut kelebihan masing-masing
Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada awal-awal memulakan aktiviti menulis di ruangan dunia digital ni, banyak penulisan yang dibuat…... Baca selanjutnya »
Membaca untuk memperbaiki penulisan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, antara perkara penting yang perlu kita buat sekiranya ingin sentiasa memperbaiki penulisan adalah membaca….... Baca selanjutnya »
Suka betul baca penulisan dia
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Suka betul baca penulisan dia, seronok jer baca. best sangat! ... Baca selanjutnya »
Penulisan yang dipaksa-paksa
Assalamualaikum dan salam sejahtera, bercerita mengenai menulis ni, memang banyak perkara yang akan kita hadapi. Antaranya adalah memaksa…... Baca selanjutnya »
Membuah olahan daripada penulisan orang lain
Assalamualaikum dan salam sejahtera, andai selepas kita membuat proses menjana idea tetapi masih terasa seperti ada sesuatu yang…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions