Assalamualaikum dan salam sejahtera,
dalam penulisan artikel, perlu ke kita merancang terlebih dahulu apa yang kita ingin tulis?
Perancangan penulisan artikel sebenarnya penting, namun andai kita baru menulis, fokus pada membina rutin penulisan terlebih dahulu. Merancang tanpa melaksana akan menjadikan perancangan itu sia-sia.
Bagaimana merancang artikel yang baik
Perancangan artikel ini kita boleh buat dengan pelbagai cara, antaranya adalah menetapkan tujuan atau matlamat kita menulis. Contohnya kita ingin menulis sebab nak sampaikan lebih banyak ilmu kepada orang ramai, atau kita menulis kerana ingin memberi inspirasi.
Apabila kita telah mempunyai matlamat dan tujuan, dari situ barulah kita fikir apakah artikel yang bersesuaian yang ingin kita tulis. Andai ingin memberi inspirasi, inspirasi dalam bentuk apa? andai ingin menyampaikan ilmu, ilmu yang bagaimana.
Semua soalan-soalan ini akan dijawab andai kita benar-benar faham tujuan tersebut. Mulakan dengan senaraikan skop besar penulisan yang ingin kita buat. Selepas skop besar dikenalpasti, barulah kita mula meletakkan topik-topik kecil yang lebih mendalam.
Rancang artikel mengikut sela masa atau musim yang sesuai
Selepas kita mengenalpasti topik-topik kecil, kita sudah boleh mula membuat kerangka artikel yang ingin ditulis dan diterbitkan. Ada artikel yang sesuai diterbitkan tak kira masa. Ada artikel lain yang perlukan musim yang sesuai untuk diterbitkan.
Buat jadual untuk topik yang kita ingin tulis, bahagikan mengikut kesesuaian, letakkan isi penting yang kita akan gunakan dalam penulisan tersebut. Simpan jadual ini agar untuk dijadikan rujukan di kemudian hari.
Apabila kita telah mempunyai kerangka sebegini, tidak timbul isu tidak ada idea untuk menulis atau tidak tahu nak tulis apa. Mulakan dengan rangka yang ringkas terlebih dahulu, kemudian lengkapkan dari masa ke semasa.
Semoga dengan perancangan artikel yang jitu, kita akan dapat mencapai matlamat dan tujuan penulisan kita dibuat.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Menulis semasa sedang bercuti, perlu atau tidak? dan bagaimana melakukannya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila bermula sahaja cuti sekolah, ramai ibu bapa mula menyusun pelbagai aktiviti bersama keluarga…... Baca selanjutnya »
4 Langkah penting untuk menyiapkan artikel dalam masa yang singkat
Assalamualaikum dan salam sejahtera, antara perkara yang seringkali menjadi masalah kepada penulis baru adalah mengambil masa yang terlalu…... Baca selanjutnya »
Kaedah terbaik menguruskan artikel bersiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera, semakin banyak penulisan yang kita terbitkan, semakin banyak yang akan kita dapat pelajari. Menulis…... Baca selanjutnya »
Artikel sebagai sumber pendapatan pelbagai cabang
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita mengusahakan laman dengan penulisan artikel, kita sebenarnya sedang membina mesin wang jangka…... Baca selanjutnya »
Kaedah mempromosikan artikel di media sosial
Assalamualaikum dan salam sejahtera, harini talian internet lebih perlahan daripada kebiasaannya, inilah antara dugaan duduk di balik bukit….... Baca selanjutnya »
Reader Interactions