Assalamualaikum dan salam sejahtera,
apabila blog kita telah mempunyai 50 artikel ke atas, waktu ini barulah sesuai untuk buat penilaian dan optimasi untuk bounce rate kita di laman. Sebelum itu, ianya agar mungkin tidak relevan untuk membuat sebarang optimasi.
Sejak lebih 15 tahun menguruskan pelbagai jenis laman, ada beberapa jenis struktur yang akan memberikan impak maksima kepada laman dari sudut bounce rate. Struktur ini, akan membolehkan blog kita mencapai bounce rate kurang dari 10%, dengan syarat, kita menulis artikel yang bagus dan berkaitan.
Artikel yang bagus ini, semudah menulis untuk pembaca. Tak perlu fikir terlalu dalam hingga menyebabkan penulisan kita jadi kaku dan tidak bernyawa. Emosi dalam penulisan akan memberikan impak positif dan secara langsung digabungkan dengan struktur ini, akan memberikan impak berganda.
Menggunakan plugin related post untuk menguruskan artikel berkaitan
Plugin related post adalah plugin yang kita ingin gunakan, namun ada banyak plugin di pasaran dengan pelbagai susun atur yang berbeza. Ada susun atur yang nampak cantik, tetapi tidak berkesan, ada pula sebaliknya.
Namun, setelah membuat ujikaji selama bertahun lamanya, struktur yang akan dikongsikan dalam artikel ini adalah antara struktur terbaik yang pernah digunakan dan mencapai bounce rate kurang 10% apabila cukup artikel diterbitkan.
Gambar ini adalah struktur terbaik untuk digunakan dalam memastikan artikel berkaitan yang akan disogokkan kepada pembaca. Fungsi ini menggunakan Yet Another Related Posts Plugin, namun malangnya, plugin ini telah dikeluarkan dari WordPRess Repository disebabkan tiada kemaskini dan melanggar polisi yang ditetapkan.
Disebabkan fungsi plugin ini yang membolehkan struktur diperkemaskan dengan baik, KodKreatif telah mengambil inisiatif untuk mengemaskini plugin ini dan menambah struktur seperti di atas sebagai default dalam tetapan plugin yang baru ini.
Jika sebelum ini, custom template terpaksa digunakan, namun dengan versi terkini plugin ini, anda tidak perlu lagi menggunakan custom template. Hanya perlu aktifkan plugin, kemudian pergi ke bahagian tetapan kemudian pilih template thumbnail sebagai struktur yang anda ingin gunakan.
Selain itu, pada tetapan sebelumnya, anda bolehlah memilih untuk consider semua yang tersenarai. Contoh tetapan seperti di bawah:
Selepas itu, anda akan dapat melihat artikel berkaitan di hujung setiap artikel anda, jika ada. Jika tiada, paparan perkataan default akan kelihatan. Anda boleh mendapatkan plugin ini secara percuma di Halaman Yet Another Related Posts 2019.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Apa itu bounce rate
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini ingin berkongsi mengenai terma bounce rate. Setakat ni, ramai masih salah faham…... Baca selanjutnya »
Menguruskan Call To Action yang efektif
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita menguruskan halaman jualan dalam web atau blog kita, penting untuk kita mengenalpasti…... Baca selanjutnya »
Mengenali Google Search Console
Assalamualaikum dan salam sejahtera, sebelum ni kita pernah bercerita kaedah untuk mengaktifkan google search console dan bagaimana…... Baca selanjutnya »
Membuah olahan daripada penulisan orang lain
Assalamualaikum dan salam sejahtera, andai selepas kita membuat proses menjana idea tetapi masih terasa seperti ada sesuatu yang…... Baca selanjutnya »
Antara perkara penting dalam menguruskan prestasi sebuah laman
Assalamualaikum dan salam sejahtera, dalam menguruskan sebuah laman, ada beberapa perkara penting yang perlu kita titikberatkan. Ini bagi…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions