Assalamualaikum dan salam sejahtera,
apabila kita ingin membuat jualan menggunakan artikel dan penulisan kita, salah satu perkara penting yang perlu ukur adalah conversion rate. Conversion rate untuk setiap laman adalah berbeza-beza bergantung kepada siapa pelawat yang hadir.
Dalam artikel menetapkan kelompok pembaca, ini adalah salah satu sebab kenapa kita ingin sasarkan kepada golongan yang tepat, agar kita lebih mudah memilih kaedah untuk membuat tindakan belian.
Ada kelompok pelanggan yang gemar berwhatsapp, ada pula yang gemar beli terus menggunakan borang jualan. Setiap pelanggan itu ada pelbagai cara untuk membuat belian mereka.
Tugas kita adalah mengenalpasti kaedah terbaik untuk kelompok pelanggan tersebut. Usah kita rumitkan proses dan meletakkan segala macam pilihan untuk membuat belian atau tempahan. Cukuplah mereka hanya perlu buat satu pilihan sahaja, itu pilihan untuk membeli produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan.
Ukuran conversion rate cara ringkas
Cara paling ringkas untuk kita mengira conversion rate adalah dengan mengira jumlah order dan bahagikan kepada jumlah pelawat yang hadir pada sela masa yang kita tetapkan. Kemudian buat perbandingan untuk sela masa yang seterusnya.
Contoh kita mengambil sela masa sehari, perbandingan akan dibuat dari hari ke hari sehinggalah kita dapat conversion rate yang kita inginkan. Ketika itu barulah kita menggunakan kaedah yang sama untuk semua halaman jualan yang kita telah terbitkan di laman kita.
Proses untuk mengenalpasti conversion rate ini memang perlukan masa dan kesabaran. Kita tidak mahu terlalu gelojoh membuat rumusan awal dan akhirnya kita kerugian leads yang masuk yang sebenarnya masih boleh kita usahakan untuk membuat belian.
Atur langkah demi langkah ini dengan sistematik, kita akan dapat memperbaiki dan menambahbaik laman jualan kita dan akhirnya memberikan pulangan yang lumayan.
Selamat mencuba.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Pentingkah melakukan promosi artikel?
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita telah mencapai rutin penulisan artikel yang mantap, satu perkara penting yang wajib…... Baca selanjutnya »
Berapa patah perkataan yang sesuai
Assalamualaikum dan salam sejahtera, antara soalan yang paling kerap diterima adalah, berapa patah perkataan yang paling sesuai untuk…... Baca selanjutnya »
Menguruskan promosi mengikut platform menggunakan utm-tagging
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini kita akan berbincang mengenai penggunaan utm tag dalam menguruskan promosi di pelbagai…... Baca selanjutnya »
Jenis-jenis blog yang boleh diusahakan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila bercerita mengenai blog, sebenarnya ada banyak jenis blog yang boleh kita usahakan. Antaranya…... Baca selanjutnya »
Berehat ketika perlu, untuk teruskan dengan lebih jitu
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila menguruskan laman sesawang dan artikel secara intensif, memang ada ketika kita terasa seperti…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions