Menguruskan promosi mengikut platform menggunakan utm-tagging

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

kali ini kita akan berbincang mengenai penggunaan utm tag dalam menguruskan promosi di pelbagai platform. Tujuan kita meletakkan tagging ini adalah untuk mengetahui dari mana trafik yang hadir ke laman kita. Apabila kita mengetahui perkara ini, ianya akan memudahkan banyak perkara.

Fungsi tagging ini akan digunakan bersama-sama Google Analytics. Jika anda belum mengaktifkan fungsi ini, silalah aktifkan Google Analytics untuk laman anda. Google Analytics ini akan membolehkan kita membuat analisa data yang lengkap mengenai laman yang kita uruskan. Perkhidmatan percuma yang sangat hebat disediakan oleh pihak Google.

menguruskan promosi menggunakan utm tag

Campaign URL Builder

Kita akan menggunakan Campaign URL Builder untuk membolehkan utm tag ini digunakan. Campaign URL Builder ini adalah tool percuma untuk memudahkan kita menjana url yang mempunyai utm tag dengan lebih mudah. Paparan Campaign URL Builder ini adalah seperti di bawah.

paparan utama campaign URL builder
paparan utama campaign URL builder

Ada beberapa perkara penting yang perlu kita isi dalam ruangan ini.

Website URL – untuk bahagian website URL, hanya perlu masukkan URL penuh artikel kita. Ini URL yang kita guna untuk membaca artikel yang telah diterbitkan.

Contohnya https://bloggertua.com/menguruskan-promosi-mengikut-platform-menggunakan-utm-tagging/

Campaign Source – untuk campaign source ini, kita boleh meletakkan di mana punca trafik, contohnya Facebook, Google, Telegram, Whatsapp, Newsletter dan sebagainya.

Campaign Medium – campaign medium ini lebih kepada pengantara bagaimana ianya digunakan, contohnya kita boleh letak social (untuk media sosial), cpc (iklan berbayar), banner, email dan lain-lain.

Campaign Name – kita boleh masukkan nama kempen untuk memudahkan pengurusan, namun bahagian ini boleh ditinggalkan jika kita hanya ingin mempromosikan artikel harian kita.

Campaign Term – untuk campaign term ini, melibatkan keyword yang kita gunakan dalam Google Ads dan sebagainya. Boleh diabaikana untuk promosi artikel harian.

Campaign Content – ini berguna sekiranya kita mempromosikan di platform yang sama seperti Facebook tetapi ingin bezakan antara promosi di personal profile, di page, di group, dalam ads dan sebagainya.

contoh bagaimana borang yang telah di isi

Selepas kita mengisi semua ruangan yang diperlukan, di bawah sekali akan terpapar URL lengkap dengan utm tag untuk kita gunakan dalam promosi. Contoh seperti dalam gambar di bawah

URL dengan utm tag yang lengkap
https://bloggertua.com/menguruskan-promosi-mengikut-platform-menggunakan-utm-tagging/?utm_source=facebook&utm_medium=social

Anda hanya perlu menyalin URL yang telah dijana kemudian promote di platform yang anda mahukan. Pastikan anda menukar butiran campaign source dan medium untuk platform berbeza yang digunakan.

Selamat mencuba.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge