Menyusun artikel mengikut apa yang ingin dicapai

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

sebelum ini, pernah berkongsi bagaimana kita perlu menyusun artikel mengikut musim agar ianya akan memberikan impak trafik yang berterusan. Kemudian ada lagi beberapa artikel perkongsian mengenai perancangan artikel dan sebagainya.

Semua ini adalah perkara yang penting untuk kita usahakan agar kita tidak hilang motivasi untuk menulis, atau berasa letih mengusahakan penulisan. Artikel tidak berfungsi seperti iklan berbayar, terutama sekiranya kita mengusahakan blog baru.

menetapkan hala tuju dan perjalanan blog

Ianya perlukan masa untuk mencapai tahap matang, dalam masa yang sama, ianya perlu diuruskan dengan baik agar tahap matangnya hadir dalam keadaan yang boleh kita susun.

Tetapkan apa yang ingin dicapai

Ramai yang menulis pada hari ini, tetapi terikut-ikut apa yang orang lain buat tanpa mengetahui apa sebenarnya strategi dan sasaran orang tersebut. Ini akan menyebabkan kita letih dan pancit lebih awal, akibatnya, kecundang di tengah jalan.

Ada banyak tujuan dan sasaran yang kita boleh letakkan, ada yang nak jadi popular, ada yang nak beli gajet impian, ada yang nak dapatkan rakan niaga baru, ada yang nak cari jodoh dan bermacam-macam lagi. Semua ini boleh dicapai jika kita susun dengan baik arah tujuan blog kita.

Kita ambil contoh untuk mencari rakan niaga, sekiranya ini adalah tujuan kita, artikel-artikel berkaitan diri kita dan bagaimana kita menguruskan team atau rakan niaga akan menjadi antara punca mereka tertarik untuk menyertai pasukan kita.

mencapai apa yang diimpikan dalam tempoh yang sesuai

Semua ini kita perlu lihat dari sudut pandang pembaca yang akan melayari artikel blog kita. Sentiasa susun agar ianya akan memberikan impak yang diinginkan. Sudah ramai sebelum ini yang meletakkan sasaran dan apa yang ingin dicapai, akhirnya selepas setahun dua, memang tercapai apa yang mereka inginkan.

Di mana kita hendak bermula? Tetapkan apa yang ingin dicapai terlebih dahulu, selepas itu barulah lakarkan perjalanan untuk mencapainya. Jika tidak faham, carilah guru yang boleh membimbing seperti seorang blogger tua.

Selamat menulis.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge