Assalamualaikum dan salam sejahtera,
satu lagi perkara yang boleh kita lakukan untuk memasarkan artikel dan diri sendiri adalah dengan menjadi penulis jemputan di laman-laman lain yang berkaitan. Walaupun nama penulis jemputan, kita sebenarnya tidaklah tunggu mereka jemput terlebih dahulu.
Kita yang pergi menawarkan diri untuk menulis artikel-artikel berkaitan untuk laman tersebut. Perkara ini memberikan impak yang sangat baik terutama jika laman tersebut mempunyai pelawat yang ramai. Bayangkan dengan menjadi penulis jemputan, kita bukan sekadar dapat melatih diri untuk menulis dengan lenggok bahasa yang berbeza.
Bahkan kita turut sama dapat menarik perhatian pembaca laman tersebut untuk membaca artikel yang kita tulis. Semakin banyak artikel yang kita dapat tulis di halaman berbeza, semakin besar sebaran penulisan yang akan kita perolehi.
Cuma penting untuk kita pastikan, halaman yang kita tulis itu membenarkan untuk sekurang-kurangnya meletakkan url ke laman kita agar sesiapa yang menggemari penulisan kita dapat pergi ke laman tempat kita berkarya.
Teknik ni telah blogger tua gunakan sejak sekian lama dan ianya memberikan impak yang cukup baik. Memang seronok apabila penulisan kita itu mendapat perhatian lebih ramai pembaca dan pembaca itu adalah pembaca yang telah setia di laman tempat kita menjadi penulisan jemputan.
Tambahan lagi, ada sesetengah laman yang membayar pula kita sebagai penulis jemputan disebabkan impak penulisan kita yang mantap itu. Luar biasa bukan pemasaran menggunakan artikel ini, biasanya orang mengeluarkan duit untuk membuat pemasaran, tapi kali ini, kita dibayar pula sambil pemasaran tetap berjalan.
Itulah antara kelebihan apabila kita mengusahakan penulisan dan latihan menulis yang berterusan. Impaknya bukan sekadar daripada penulisan yang kita terbitkan bahkan ada lagi impak-impak sampingan yang tak kurang hebatnya. Soalnya harini, adakah kita telah mengusahakan penulisan secara berterusan?
Tepuk dada, tanyalah diri sendiri. Selamat menulis.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Bagaimana menguruskan pemasaran untuk artikel yang berkesan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita membina blog atau laman sesawang dan mengusahakan penulisan artikel di dalamnya, penting…... Baca selanjutnya »
Kaedah terbaik menguruskan artikel bersiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera, semakin banyak penulisan yang kita terbitkan, semakin banyak yang akan kita dapat pelajari. Menulis…... Baca selanjutnya »
Artikel sebagai sumber pendapatan pelbagai cabang
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita mengusahakan laman dengan penulisan artikel, kita sebenarnya sedang membina mesin wang jangka…... Baca selanjutnya »
Kaedah mempromosikan artikel di media sosial
Assalamualaikum dan salam sejahtera, harini talian internet lebih perlahan daripada kebiasaannya, inilah antara dugaan duduk di balik bukit….... Baca selanjutnya »
Kaedah meninggalkan komen yang berkesan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini kita ingin bercerita bagaimana untuk meninggalkan komen yang berkesan semasa melakukan ... Baca selanjutnya »
Reader Interactions