Assalamualaikum dan salam sejahtera,
kali ini ingin mengajak rakan pembaca untuk berbincang mengenai click through ratio (CTR) dan conversion rate (CR). Dua perkara ini akan membantu prestasi laman kita andai ianya melibatkan jualan atau recruitment atau apa-apa melibatkan hasil daripada tindakan oleh pelawat.
CTR adalah kadar peratusan pelawat untuk klik pada url kita dalam enjin carian. Sama ada menerusi iklan mahupun penyenaraian biasa melalui optimasi enjin carian. Semakin tinggi CTR semakin bagus maknanya tajuk dan penerangan asas artikel kita.
Ini akan mempengaruhi jumlah trafik yang kita terima dari laman sesawang seperti Google.com. Seandainya kita dapat menarik perhatian ramai untuk klik pada artikel yang tersenarai, ini merupakan perkara yang sangat bermakna sebagai pengusaha laman sesawang.
CTR ini sebenarnya boleh kita perkemaskan apabila kita menulis topik yang khusus kerana lebih mudah untuk kita memahami kelakukan dan ciri-ciri pembaca kita. Semakin tepat topik atau penulisan kita, semakin tinggi kebarangkalian untuk pelawat hadir dan menikmati penulisan yang telah diterbitkan.
Proses ini disambung pula dengan pengurusan perjalanan pembaca ke halaman jualan atau recruitment. Perkara seterusnya yang perlu kita uruskan adalah conversion rate atau kadar peratusan pembaca bertukar menjadi pembeli atau ahli baru.
Semua ini berkait rapat dalam satu rantaian lengkap yang telah kita susun. Tanpa CTR yang tinggi kita tidak akan mempunyai cukup trafik untuk mengukur tahap CR halaman jualan kita. Kemudian sekiranya CR kita rendah, tak guna juga untuk kita buat lebih banyak iklan atau kaedah lain yang akan menambahkan trafik ke halaman jualan itu.
Ini perkara penting agar kita tidak sekadar menulis artikel tanpa mengambil kira kesan penulisan kita terhadap jualan atau recruitment tadi. Memang ada artikel yang digunakan sekadar untuk menarik trafik, namun ada juga artikel yang diukur untuk membuat jualan.
Kedua-dua pemalar ini boleh kita baca dalam Google analytics dan Google search console. Dua tools ini akan menjadi rakan karib semua empunya laman sekiranya mereka benar-benar ingin menjadikan laman mereka berdaya saing dan berada di tahap yang terbaik.
Andai ada apa-apa persoalan, boleh ajukan di ruangan komen.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Membaca untuk memperbaiki penulisan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, antara perkara penting yang perlu kita buat sekiranya ingin sentiasa memperbaiki penulisan adalah membaca….... Baca selanjutnya »
Pentingkah melakukan promosi artikel?
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita telah mencapai rutin penulisan artikel yang mantap, satu perkara penting yang wajib…... Baca selanjutnya »
Berapa patah perkataan yang sesuai
Assalamualaikum dan salam sejahtera, antara soalan yang paling kerap diterima adalah, berapa patah perkataan yang paling sesuai untuk…... Baca selanjutnya »
Jenis-jenis blog yang boleh diusahakan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila bercerita mengenai blog, sebenarnya ada banyak jenis blog yang boleh kita usahakan. Antaranya…... Baca selanjutnya »
Berehat ketika perlu, untuk teruskan dengan lebih jitu
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila menguruskan laman sesawang dan artikel secara intensif, memang ada ketika kita terasa seperti…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions