Menulis dengan tenang dan penuh penghayatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

penulisan ini ada begitu banyak manfaat sehinggakan ianya akan membawa ke akhirat. Cuma disebabkan kesannya itu jarang boleh dilihat oleh sesiapa yang tidak mengusahakannya, jadi tak ramai yang ingin usahakan sebaiknya setiap masa.

Ada yang telah memulakan tetapi tidak meneruskan, ada juga yang hanya rasa ingin memulakan tetapi langsung tidak memulakan. Semua ini akan menyebabkan tiada hasil yang akan dapat kita nikmati.

Penulisan dengan hati yang tenang lebih berkesan

Menguruskan penulisan itu perlukan penghayatan, semakin kita menjiwai penulisan yang kita terbitkan, semakin kita akan dapat memberikan emosi kepada pembaca yang hadir. Ini akan menyebabkan impak penulisan itu menjadi sangat luar biasa.

Perhubungan yang terhina melalui penulisan ini perkara yang sangat kuat sehinggakan ada yang masih utuh silaturahim walaupun telah bertahun-tahun tidak bersua muka. Hanya penulisan menjadi pengantara antara satu dan lain.

Sebelum ini kita telah bercerita bagaimana kita perlu letakkan sasaran yang ingin dicapai dengan penulisan yang kita terbitkan. Kemudian kita juga ada bercerita mengenai saham akhirat yang boleh kita kumpul melalui penulisan.

Menguruskan penulisan untuk hasil jangka masa panjang

Semua ini adalah perkara yang boleh dicapai oleh sesiapa sahaja yang ingin mengusahakannya. Jika kita berhenti hari ini, maka rugilah kita dengan pelbagai nikmat yang akan kita capai dengan penulisan yang baik.

Sentiasa cari waktu kita paling selesa dan tenang untuk menulis. Penulisan yang di paksa-paksa tidak akan memberikan impak sebaik penulisan yang lahir dari hati dengan emosi yang tenang untuk menyampaikan.

Hari ini, jika kita baru bermula, memang akan ada banyak perkara yang perlu kita susun dengan baik, akan ada banyak salah silap yang dilakukan. Semua itu hanyalah sebahagian daripada proses yang perlu kita lalui.

Semakin cepat kita melakukan kesilapan semakin banyak kita akan belajar. Tidak melakukan kesilapan bukanlah bermakna kita ini cemerlang tetapi sebenarnya bermakna kita tidak cuba melakukan sesuatu yang baru.

Semoga usaha untuk menerbitkan lebih banyak penulisan akan dipermudahkan dan mendapat hasil yang diidamkan. Selamat menulis.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge