Mengenali page authority dan domain authority

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

kali ini kita akan berkongsi mengenai dua perkara iaitu page authority dan domain authority. 2 perkara ini sedikit sebanyak memang membantu laman kita untuk meluncur lebih laju. Perkara ini akan lebih mudah dibuat jika digabungkan dengan konsep link building yang tersusun.

Cara paling santai untuk membina rangkaian capaian link ini adalah apabila kita melakukan blogwalking. Blogwalking ini sudah kita ceritakan dalam artikel terdahulu, bagaimana melakukan blogwalking dengan tersusun. Selain itu, ada juga kaedah meninggalkan komen yang berkesan.

menguruskan page authority dan domain authority laman

Semua perkongsian ini menjurus kepada satu strategi lengkap yang akan memberikan manfaat jangka masa panjang kepada semua empunya laman web yang mengusahakan. Andai anda tak nampak tak mengapa, yang lebih penting anda buat setiap yang dikongsikan.

Semakin banyak yang anda buat, kefahaman akan datang selari dengan masa. Akan ada banyak ahhaaaa moment di kemudian hari, “owh begini rupanya, owh patutlah kena buat itu ini”.

Tak semua perkara perlu diterangkan selengkapnya, kerana penerangan hanya akan menyebabkan kita bertambah serabut dan keliru, bukan semakin cerah.

Page authority dan domain authority

Dua perkara ini saling berkait antara satu dan lain. Page Authority merujuk kepada authority sesuatu halaman, manakala domain authority pula akan merujuk kepada keseluruhan domain tersebut (menggabungkan banyak halaman).

Cara paling mudah untuk kita semak 2 perkara ini adalah dengan menggunakan chrome extension MozBar. Contoh paparan mozbar ini adalah seperti dalam gambar di bawah:

Contoh paparan mozbar

Dalam screenshot ini merupakan salah satu daripada blog yang diuruskan oleh blogger tua. Kita dapat lihat PA atau page authority blog ini adalah 47, dan skor untuk DA iaitu Domain Authority adalah 29. Sebenarnya blog ini sebelum ini mempunyai DA sebanyak 39. Namun baru-baru ini, ada penambahan https yang dilakukan dan menyebabkan skor DA menurun kepada 29.

Ianya akan dikemaskini dari masa ke semasa, fokus kita hanyalah untuk membina content yang bagus dan kemudian membuat promosi dan link building dengan konsisten. Salah satu cara adalah dengan membuat blogwalking secara harian.

Dalam screenshot di atas ini, kita dapat lihat sebanyak 43,358 links telah berjaya dikesan oleh tool MozBar ini.

Ini pula adalah skor untuk bloggertua.com, skor PA baru 10 dan skor DA baru 2. Untuk blog yang baru, ianya adalah skor yang ok, tetapi tidaklah cemerlang. Kenapa tidak cemerlang? kerana bloggertua belum mengusahakan blogwalking dengan konsisten.

Semuanya bersebab, blogger tua ingin mencukupkan 99 artikel sebelum memulakan aktiviti blogwalking dengan bersungguh-sungguh. Ada alasan lain yang menyebabkan blogger tua membuat keputusan ini. Rakan blogger lain di luar sana, boleh mulakan blogwalking seawal selepas 10 artikel pertama.

domain authority melambangkan kepercayaan yang tinggi

Bagaimana PA dan DA ini memberi kesan kepada laman kita

Page authority dan domain authority ini mempunyai ukuran dari 0 hingga 100. Di mana 0 adalah yang paling rendah dan 100 yang paling tinggi. Sebelum ini, ada satu lagi indikator yang diberi nama PageRank atau PR. Semua ini jika digabungkan akan memberikan impak yang positif dalam prestasi laman kita.

PA dan DA ini adalah indikator mengenai kepentingan atau tahap kepercayaan halaman atau domain tersebut dari sudut pengiraan dalam dunia digital. Semakin tinggi skor domain authority, semakin hebat domain itu di persada dunia digital.

Domain seperti Facebook.com mempunyai skor DA setinggi 95, google.com mempunyai skor 100, twitter.com dengan skor 93, medium.com dengan skor 96. Ini antara laman-laman yang mempunyai skor yang tinggi.

Sebagai pengusaha blog peribadi, andai kita boleh capai skor melebihi 30, ianya adalah pencapaian yang baik. Kita boleh usahakan sehingga mencecah skor 50 dan ke atas, tetapi perlukan masa dan usaha yang gigih.

Semoga perkongsian kali ini sedikit sebanyak memberikan ilmu tambahan dalam mengusahakan blog yang berdaya saing. Selamat menulis.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge