Memberi kesedaran melalui rantaian artikel

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

apabila kita ingin membuat pemasaran menggunakan artikel, satu perkara penting yang perlu kita tanam dalam fikiran adalah, kita ingin memberi pendidikan kepada para pembaca kita. Pendidikan yang akan memberikan mereka kesedaran kepentingan produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan.

Apabila memberi pendidikan ini, bukan bermakna kita ingin mengajar-ngajar mereka buat sesuatu, tetapi kita ingin berkongsi kisah kehidupan dan info penting yang akan menyebabkan kesedaran timbul. Kesedaran yang mungkin pada awalnya tidak terus menjurus kepada jualan, tetapi memberikan mereka satu titik permulaan untuk tindakan seterusnya.

memberikan kesedaran menggunakan rantaian artikel

Sedar dan bertindak akan mendatangkan hasil

Proses membina kesedaran ini ada ketikanya mengambil masa yang panjang. Kita tidak perlu untuk memaksa diri agar kesedaran terbina disebabkan satu dua artikel yang kita tulis. Kesedaran ini akan wujud apabila kita menulis banyak artikel yang menyebabkan mereka belajar sedikit demi sedikit.

Kita bukannya boleh paksa orang lain untuk faham apa yang kita tulis serta merta, ada banyak situasi penulisan yang sama, apabila dibaca berulang kali akan memberikan kefahaman yang berbeza-beza. Ini memang lumrah kehidupan yang perlu kita akur dan terima tanpa perlu bersangka-sangka.

Apabila kesedaran timbul dan kita telah menyediakan jerat-jerat yang akan menyebabkan mereka mengambil tindakan, ketika itulah pemasaran menggunakan artikel ini akan mula mendatangkan hasil. Hasil dari sudut jualan atau pengambilan ahli baru dan sebagainya.

tindakan yang akan membuahkan hasil dan jualan

Perlukan masa dan perancangan

Semua perkara ini perlukan masa dan perancangan, tanpa perancangan, kita akan menulis membuta tuli tanpa memberikan kesedaran yang sepatutnya kepada pembaca. Penggunaan struktur artikel berkaitan amat penting apabila kita telah menyediakan rantaian artikel yang akan menyebabkan mereka lebih kerap membaca penulisan yang diterbitkan.

Apabila cukup banyak artikel yang telah kita susun, selebihnya kita akan biarkan masa menentukan tahap kematangan sesuatu artikel tersebut. Dalam masa yang sama, kita akan teruskan menambah artikel-artikel baru agar kesedaran semakin utuh dan kuat.

Sampai satu tahap, semua ini akan menjadikan laman kita sebagai lubuk rujukan yang mantap. Lubuk yang akan mengumpulkan kelompok pembaca yang akan mendapat kesedaran tinggi dan akhirnya membuat tindakan sepatutnya.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge