Assalamualaikum dan selamat pagi,
kali ini kita akan bercerita mengenai kaedah untuk menyediakan borang hubungi dalam laman. Borang hubungi ini sebenarnya sangat penting untuk membolehkan sesiapa menghubungi kita dengan cara yang mudah. Ini salah satu alat untuk kita membolehkan bakal pelanggan bertanya sesuatu mengenai produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Plugin yang kita akan gunakan adalah plugin Contact Form 7. Plugin ini telah wujud sejak awal-awal penggunaan WordPress lagi. Memang dah lama dan ramai developer lain yang menambahbaik fungsi sedia ada plugin ini.
Plugin Contact Form 7 ini membolehkan kita menyediakan pelbagai jenis borang, antaranya borang hubungi, borang tempahan, borang pertanyaan dan pelbagai lagi. Hanya kita yang perlu membuat keputusan apa borang yang ingin kita bina.
Borang hubungi paling asas
Apabila kita mengaktifkan plugin Contact Form 7 ini, ianya akan mempunyai satu borang default untuk digunakan. Paparan borang default ini adalah seperti gambar di bawah.
Apabila kita mengaktifkan plugin contact form 7, ada menu baru iaitu Contact yang akan terpapar dalam senarai menu di bahagian admin dashboard WordPress kita.
Klik menu tersebut dan kita akan dihidangkan dengan 1 borang tersedia. Kita boleh edit borang tersebut atau create new form.
Klik edit kemudian paparan seperti berikut akan kelihatan.
Kita bolehlah mengubah aturan yang ditetapkan kecuali yang mempunyai tanda [ ] ini adalah perkara yang perlu kita fahami sebelum diubahsuai. Untuk tutorial kali ini, kita hanya akan ubah label untuk setiap field form sahaja.
<label> Nama Anda (wajib)
[text* your-name] </label>
<label> Email Anda (wajib)
[email* your-email] </label>
<label> Tajuk
[text your-subject] </label>
<label> Mesej anda
[textarea your-message] </label>
[submit "Hantar borang"]
Kod di atas ini contoh bagaimana anda boleh mengubah label form tersebut. Kemudian tekan butang save. Kemudian saling shortcode yang diberikan untuk dimasukkan ke dalam Page hubungi anda.
contoh shortcode adalah seperti di bawah
[ contact-form-7 id="15" title="Contact form 1" ]
Kemudian anda bolehlah publish page hubungi anda dan pastikan edit menu untuk memastikan page tersebut terpapar dengan baik. Contoh borang yang telah diubahsuai akan kelihatan seperti di bawah ini.
Selesai, borang anda akan boleh digunakan. anda boleh lihat tetapan menu mail untuk mengubah email yang akan menerima input daripada borang. Kita akan berbincang beberapa fungsi lanjutan dalam artikel yang berlainan.
Selamat mencuba
Artikel Menarik Untuk Anda:
Cara menggunakan gravatar untuk gambar profile
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini ingin bercerita mengenai gravatar atau gambar profile yang terpapar apabila kita menulis…... Baca selanjutnya »
Menguruskan bounce rate dengan mudah dan sistematik
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila blog kita telah mempunyai 50 artikel ke atas, waktu ini barulah sesuai untuk…... Baca selanjutnya »
Kawalan keselamatan, perlu atau tidak?
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita bercerita mengenai kawalan keselamatan, ianya berkait rapat dengan pantang larang mengusahakan…... Baca selanjutnya »
Menguruskan arkib artikel dengan mudah
Assalamualaikum dan salam sejahtera, antara kelebihan apabila kita mengusahakan blog adalah kebolehupayaan untuk menyediakan arkib atau senarai artikel…... Baca selanjutnya »
Bagaimana memasukkan gambar dalam preview promosi media sosial
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini ingin berkongsi bagaimana untuk kita melakukan promosi di media sosial seperti Facebook…... Baca selanjutnya »