Penggunaan schema dalam penulisan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

kali ini kita akan bercerita mengenai penggunaan schema dalam penulisan. Schema ini adalah teknik penulisan SEO versi lanjutan untuk mereka-mereka yang rajin. Walaupun schema ini jarang-jarang digunakan oleh penulis, disebabkan mereka merasakan benda ini rumit untuk dibuat

Schema sebenarnya tidaklah begitu rumit untuk kita gunakan, ada beberapa jenis schema mudah yang kita boleh gunakan dalam penulisan sehari-hari. Namun untuk memastikan schema ini dapat dibuat dengan baik, perlukan sedikti kemahiran teknikal dari sudut HTML.

Ini disebabkan schema ini fokusnya untuk memberikan maklumat tambahan kepada robot tanpa mengganggu pembaca. Contohnya dalam artikel ini, saya ada menulis singkatan SEO di perenggan pertama. Perkataan SEO ini mungkin membawa maksud yang berbeza bergantung kepada konteks penulisan artikel.

penulisan berpengaruh menggunakan schema

Jika SEO dalam penulisan, lebih kepada untuk optimasi enjin carian, namun jika SEO ini singkatan tempat, atau singkatan merujuk kepada topik berbeza, ianya akan memberikan kerja tambahan kepada robot untuk memahami konteks penggunaan singkatan ini.

Sentiasa ingat dalam kepala, kita ingin memikat pembaca dalam masa yang sama kita ingin memudahkan robot-robot ini bekerja. Semakin mudah mereka memahami sesuatu artikel, semakin cepat artikel kita akan berada di kedudukan yang baik dalam halaman pertama enjin carian.

Sekiranya kita ingin menggunakan schema dalam penulisan, ada senarai panjang di Halaman Rasmi Full Hierarchy Schema.org Anda boleh melihat bagaimana pelbagai jenis schema boleh digunakan beserta dengan contoh HTML sekali.

Apabila kita memahami penggunaan schema ini, ianya tidak lain tak tidak bukan, seakan-akan penulisan tesis atau kertas kerja kajian di universiti. Kita ada sumber rujukan, nota kaki dan seumpamanya. Ini akan membezakan kita daripada penulis yang lain.

Orang mungkin boleh menyalin artikel kita, tetapi schema di sebalik itu mereka tidak akan dapat kenalpasti kecuali mereka adalah penulis yang cakna dengan teknik advance ini.

penulisan yang memudahkan pembaca dan robot Google

Contoh tag yang mudah untuk digunakan

Antara tag yang mudah untuk kita gunakan adalah penggunaan  dan juga
.  adalah singkatan untuk Abbreviation, dalam contoh perkataan SEO tadi, ianya menggunakan tag  ini.

contoh kod adalah seperti di bawah:

SEO

Perkataan yang akan terpapar dalam artikel adalah SEO, namun sekiranya robot Google yang membacanya, ia akan dapat membaca perkataan Search Engine Optimization tersebut. Ini akan memberikan impak yang lebih baik ke dalam artikel yang kita tulis. Robot akan bertambah mudah membuat analisa dan kita akan dapat meletakkan jurang yang besar dengan penulis artikel yang lain.

ini pula adalah contoh penggunaan tag

Written by Jon Doe.

Visit us at:

Example.com

Box 564, Disneyland

USA

Menggunakan tag
ini akan sekali gus memberitahu robot Google bahawa ini adalah alamat. Robot Google sudah tidak perlu membuat pemprosesan tambahan kerana kita telah memberitahu mereka ini adalah alamat menggunakan tag HTML yang diberikan seperti dalam contoh di atas.

Ini adalah teknik yang memerlukan masa tambahan untuk mengubahsuai artikel yang telah siap ditulis. Biasakan untuk selesaikan penulisan sebelum membuat ubahsuaian schema ini. Ada beberapa lagi tag yang saya gemar guna, kita akan kongsikan dalam artikel berbeza. Selamat mencuba.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge