Assalamualaikum dan salam sejahtera,
apabila bercerita mengenai Google, mengenai halaman pertama enjin carian, pasti ramai empunya laman menggemarkan perkara ini. Namun begitu, ada yang tidak melakukan beberapa langkah penting terutama untuk laman atau blog yang baru.
Berikut adalah langkah penting untuk kita memastikan laman kita berada di tempat yang sepatutnya.
Beritahu Google kita wujud
Perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah untuk memberitahu Google kewujudan artikel baru kita. Ini adalah penting untuk mengelakkan daripada Google terlepas pandang atau mengambil masa yang lama untuk mengenalpasti artikel baru kita.
Antara perkara yang perlu kita setup adalah dengan meletakkan sitemap dalam Google Search Console. Andai anda belum memasang Google Search Console di laman anda. Jemput untuk baca artikel bagaimana mengaktifkan Google Search Console dengan mudah.
Selepas itu, boleh tonton video bagaimana untuk memasang sitemap dalam Google Search Console.
Langkah lanjutan untuk memberitahu Google
Selepas kita selesai memasukkan sitemap ke dalam Google Search Console. Langkah seterusnya adalah untuk memberitahu Google setiap kali ada artikel baru yang kita ingin terbitkan.
Prosesnya mudah sahaja sebenarnya, boleh tonton video tutorial di bawah ini untuk mempelajari langkah demi langkah memberitahu kewujudan artikel baru kita.
Begitulah beberapa langkah mudah untuk memastikan laman kita tidak dipandang sendu di mata cik G. Semoga dengan langkah demi langkah ini kita akan dapat memastikan artikel kita berada di tempat yang sepatutnya.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Memikat Google dengan mengorat pembaca
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila bercerita mengenai memikat Google, ianya adalah berkaitan dengan search engine optimization atau singkatan…... Baca selanjutnya »
Bagaimana mengaktifkan Google Search Console
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini akan berkongsi bagaimana untuk mengaktifkan Google Search Console dengan cara yang mudah….... Baca selanjutnya »
Google sandbox untuk laman baru
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Google sandbox ini merupakan konsep di mana laman baru berada di bawah pemerhatian Google….... Baca selanjutnya »
4 Langkah penting untuk menyiapkan artikel dalam masa yang singkat
Assalamualaikum dan salam sejahtera, antara perkara yang seringkali menjadi masalah kepada penulis baru adalah mengambil masa yang terlalu…... Baca selanjutnya »
Menulis untuk menyampaikan ilmu bukan untuk ranking semata
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila bercerita mengenai penulisan artikel, penulisan di laman sesawang atau blog. Ramai yang akan…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions