Assalamualaikum dan salam sejahtera,
menulis dalam dunia digital ini seringkali disalah anggap dan menjadi satu bebanan pula untuk sesiapa yang ingin usahakan. Sebenarnya, ianya tidaklah terlalu berat apabila kita mengambil masa untuk membuat latihan.
Kita hanya ingin berkongsi cerita. Cerita yang biasa kita tuturkan semasa duduk bersembang bersama rakan dan taulan di waktu senggang. Ini adalah perkara yang kita akan lakukan saban hari.
Ketika ianya berlaku, kita tidak akan rasa bahawa kita ini terlalu sibuk, nak bersembang pun tak sempat (walaupun ada ketika memang tak sempat nak bersembang).
Ubah rutin harian untuk tambah aktiviti menulis
Pada permulaan mengubah rutin, usah terlalu ghairah untuk menulis panjang, kita perlu tahu bahawa rutin ini perlu dipupuk. Ianya tidak berlaku hanya sebab kita telah menyertai sebuah kelas.
Latihan untuk menulis setiap hari perlu dibuat, mula dengan jumlah perkataan yang sedikit, kemudian tambah secara berperingkat. Mungkin pada permulaan kita hanya boleh tulis 100 patah perkataan sehari dan kita perlukan beberapa hari untuk melengkapkan sebuah artikel.
Itu adalah perkara yang ok untuk kita lakukan. Apa yang penting adalah kita teruskan menulis setiap hari.
Letak sasaran kecil
Kita boleh letak sasaran kecil untuk memastikan kita terus bermotivasi tinggi untuk menulis. Sasaran kecil ini boleh jadi pelbagai. Contohnya kita letakkan jumlah perkataan sebagai sasaran harian kita.
Apabila kita mencapai jumlah perkataan yang kita inginkan, kita akan rasa gembira untuk meneruskan aktiviti tersebut. Andai kita meletakkan sasaran terlalu besar pada permulaan, kita akan mudah kecewa daripada meneruskan.
Rasa “Feel Good” yang kita alami semasa mencapai kejayaan kecil ini akan membuatkan kita ingin buat dan buat lagi. Andai kita tak melakukan proses ini, ianya akan menjadi beban yang tidak berkesudahan.
Kita akan merasakan, kita sentiasa sibuk walaupun untuk menambah saham akhirat seperti yang dikongsikan dalam artikel menyampaikan ilmu dalam penulisan.
Andai bukan kita yang usahakan untuk dunia dan akhirat, siapa lagi?
Susun rutin dan aktiviti harian kita, nescaya, proses menulis akan lebih lancar dan mudah. Andai orang lain boleh menulis dalam pada aktiviti harian mereka begitu padat, mengapa kita tak boleh bukan?
Selamat menulis.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Menulis semasa sedang bercuti, perlu atau tidak? dan bagaimana melakukannya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila bermula sahaja cuti sekolah, ramai ibu bapa mula menyusun pelbagai aktiviti bersama keluarga…... Baca selanjutnya »
Siapa yang perlu menulis?
Assalamualaikum dan salam sejahtera, sepanjang hampir 15 tahun dalam bidang penulisan blog ini, antara perkara yang menjadi topik…... Baca selanjutnya »
Kurangkan berfikir, banyakkan buat
Assalamualaikum dan salam sejahtera, ramai yang gemar berfikir terlalu mendalam sehingga tidak melakukan aktiviti buat. Berfikir itu bagus,…... Baca selanjutnya »
Bagaimana data laman membantu dalam pemasaran
Assalamualaikum dan salam sejahtera, data adalah perkara yang boleh kita pungut dan kumpul menggunakan perkhidmatan percuma seperti Google…... Baca selanjutnya »
Bagaimana menyemak kedudukan artikel dalam enjin carian
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita mengusahakan teknik SEO dalam pengurusan laman, satu perkara yang biasanya dilakukan adalah…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions