Menulis untuk menyampaikan ilmu bukan untuk ranking semata

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

apabila bercerita mengenai penulisan artikel, penulisan di laman sesawang atau blog. Ramai yang akan fokus untuk menulis sebab nak rank di enjin carian seperti Google.

Walaupun ianya mungkin sasaran yang benar, namun andai kita menulis hanya sebab untuk rank, kita akan kerugian banyak perkara.

menulis untuk memberikan kefahaman kepada pembaca

Penulisan untuk pembaca

Penulisan yang baik adalah apabila penulisan tersebut difokuskan untuk pembaca, untuk pembaca mereka faham, untuk pembaca dapat maklumat tersebut dan agar perhubungan dengan pembaca terbina.

Apabila fokusnya adalah kepada pembaca, kita akan mendapat banyak manfaat daripada aktiviti ini.

Kita perlu ingat, yang menggunakan enjin carian seperti Google adalah manusia, manusia yang ingin mencari maklumat, manusia yang ingin mencari penyelesaian masalah mereka.

Masalah yang boleh merangkumi banyak perkara dan topiknya.

bantu google untuk memikat hati penggunanya

Membantu Google memenangi hati penggunanya

Google pasti akan lebih suka dengan laman kita, andai kita memberikan impak yang bagus kepada pengguna enjin carian mereka. Ini adalah perkara yang ramai tak ambil peduli.

Jika pengguna Google gembira, pasti Google pun akan gembira dengan kita. Konsep mudah yang akan menyebabkan kita tak berapa nak takut dengan sebarang perubahan polisi (jika ada).

Kenapa? Sebab kita tak buat perkara-perkara yang akan mengganggu gugat perjalanan Google untuk memikat hati pengguna mereka.

penulisan berpengaruh untuk jangka masa panjang

Penulisan berpengaruh bukan kerana kata kunci

Penulisan yang berpengaruh bukan disebabkan menulis untuk kata kunci atau untuk mendapatkan rank. Penulisan berpengaruh fokusnya adalah untuk memberikan kefahaman kepada pembaca.

Semakin faham seseorang pembaca itu, semakin bagus penulisan itu dari segenap sudut.

Apabila kita menggunakan Google Search Console, Google Analytics, ianya memberikan info kepada Google sejauh mana laman kita bagus kepada penggunanya.

Ini secara langsung akan memberikan impak kepada keseluruhan proses untuk menambah baik kedudukan di enjin carian, memikat hati pembaca dan akhirnya memberikan pulangan yang kita inginkan.

Fokus pada perkara yang lebih besar, kita akan dapat hasil yang lumayan.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge