Assalamualaikum dan salam sejahtera,
sebelum ini kita banyak bercerita mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh Google seperti Google Search Console, Google Analytics dan seumpamanya. Namun begitu, Google bukanlah satu-satunya laman enjin carian yang wujud di dunia ini. Terdapat juga laman carian lain yang boleh kita manfaatkan.
Contohnya bing.com, walaupun peratusan penggunaan di Malaysia ini jauh lebih rendah berbanding Google, namun begitu, masih ada trafik berkualiti yang boleh kita pungut di sini. Kali ini kita akan mengaktifkan fungsi bing webmaster tools untuk membolehkan artikel kita tersenarai dengan mudah dalam laman mereka.
Terlebih dahulu anda perlu buka halaman Bing Webmaster Tools ini, kemudian daftar menggunakan akaun microsoft, google atau facebook anda. Selepas anda daftar masuk, anda akan dapat melihat paparan seperti di bawah ini untuk akaun yang baru.
Klik butang ADD YOUR SITE untuk menambah laman anda dalam bing webmaster tools ini.
Anda hanya perlu isi yang penting sahaja untuk borang pendaftaran ini, antaranya adalah URL, Sitemap, Email dan Country. Selepas itu tekan butang save. Anda akan di bawa ke paparan verify seperti di bawah.
Pilih Option 2: anda akan dapat kod pengesahan seperti berikut
<meta name="msvalidate.01" content="74C88D11D872F22F14CFD6703458FE5C" />
copy bahagian content=” ” sahaja seperti berikut:
74C88D11D872F22F14CFD6703458FE5C
Kemudian buka All in One SEO settings, dan cari ruangan seperti di bawah ini.
kemudian masukkan kod yang telah kita salin dalam ruangan tersebut. Selepas itu save dan anda bolehlah verify bing webmaster tools dalam paparan sebelum ini tadi.
Selepas selesai, anda akan di bawah ke dalam Dashboard Bing Webmaster Tools seperti gambar di bawah ini.
Kita akan bincang mengenai fungsi-fungsi bing webmaster tools ini dalam artikel yang berbeza. Asasnya lebih kurang Google Search Console, dengan beberapa cara yang sedikit berbeza. Selamat mengaktifkan bing webmaster anda.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Memahami fungsi WordPress Site Health
Assalamualaikum dan salam sejahtera, dalam versi terkini fungsi Site Health Status ini telah pun diperkemaskan dengan paparan 2…... Baca selanjutnya »
URL Pendek untuk promosi lebih berkesan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita ingin mempromosikan artikel kita di pelbagai platform online, ada platform yang menyebabkan…... Baca selanjutnya »
Meningkatkan pemasaran untuk artikel yang telah diterbitkan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, biasanya membina rutin penulisan itu memerlukan masa, ada yang mengambil masa 3 bulan, ada…... Baca selanjutnya »
Langkah-langkah untuk memikat Google
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila bercerita mengenai Google, mengenai halaman pertama enjin carian, pasti ramai empunya laman menggemarkan…... Baca selanjutnya »
Bagaimana memasukkan gambar dalam preview promosi media sosial
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini ingin berkongsi bagaimana untuk kita melakukan promosi di media sosial seperti Facebook…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions