Perubahan strategi blogging tahun 2020?

Bila bercerita mengenai blogging, akan lebih ramai merasakan ianya sudah tidak relevan disebabkan wujudnya rangkaian media sosial seperti Facebook, Instagram, Telegram, Whatsapp, Twitter dan lain-lain. Walaupun dari pandangan mata kasar, nampak seakan betul. Hakikat sebenarnya adalah pengusaha blog dan laman web berlumba-lumba untuk mendapatkan trafik percuma setiap hari.

Tahun 2020 bukanlah bermakna strategi blogging ini sudah tidak boleh digunakan, tetapi ianya sebenarnya telah meningkat naik tanpa perlu kita bersusah payah.

Minggu pertama Januari 2020 ini menunjukkan peningkatan ketara trafik organik yang masuk dalam rangkaian blog yang diuruskan oleh saya. Soalnya sekarang, adalah sebarang perubahan strategi yang perlu kita lakukan?

strategi penulisan SEO tahun 2020

Tulis untuk pemahaman pembaca

Walaupun strategi ini saya sendiri telah lakukan sejak 10 tahun yang lalu, namun pada tahun 2020 ini, perubahan impaknya sangat ketara. Artikel-aritkel yang memang ditulis untuk pembaca ini mula mendapat tempat dengan jayanya tanpa sebarang perubahan yang dibuat.

Disebabkan teknik penulisan begini yang akan memberikan impak positif kepada Google dan enjin carian yang berkaitan. Ianya menyebabkan apabila ada alat-alat baru yang diperkenalkan oleh pihak Google, artikel yang ditulis untuk pembaca ini menyebabkan apa yang mereka ingin capai, dapat dicapai dengan mudah.

menulis untuk pemahaman pembaca

Lupakan kata kunci atau keyword dalam penulisan

Fokus mengenai topik apa yang ingin kita sampaikan, lupakan mengenai kata kunci, keywords dan sebagainya. Semua itu tidak berguna sekiranya artikel kita tidak memberikan apa-apa kefahaman kepada pembaca kita.

Semakin teruk pemahaman pembaca kita, semakin buruk penilaian Google terhadap laman kita, tanpa perlu kita suruh. Google sentiasa membuat analisa dan penilaian aktiviti yang dilakukan oleh pengguna mereka.

Laman mana yang mereka layari, berapa lama mereka berada di sana, adalah sebarang aktiviti tambahan yang dilakukan dan sebagainya. Semua ini akan menyumbang kepada kedudukan artikel kita di halaman carian mereka.

Semakin banyak artikel yang ditulis dengan strategi ini, semakin baik nilai laman dan artikel kita di mata enjin carian.

jika anda masih meletakkan kata kunci sebagai asas penulisan anda, tiba masa untuk ubah strategi tersebut. Kata kunci akan membantu, tetapi konteks penulisan akan menyebabkan kita menang dalam strategi SEO tahun 2020.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge