Bercerita mengenai SEO atau Search Engine Optimization ini, antara soalan yang biasanya ditanya selain plugin SEO adalah apakah theme yang mesra SEO.
Perkataan mesra itu sendiri membawa maksud yang berbeza-beza, mesra itu perlu digabungkan dengan strategi atau teknik yang kita gunakan. Andai kita menitikberatkan schema, theme yang mempunyai struktur yang telah terbina dengan schema akan menjadi salah satu ciri yang kita akan cari.
Ada pula yang tidak kisah mengenai schema ini, mereka akan cari pula theme lain yang berkait rapat dengan teknik yang mereka gunakan. Semua ini akan menyebabkan ada banyak jenis theme yang mesra SEO dalam pasaran.
Kenalpasti apa teknik dan strategi yang kita ingin gunakan
Hanya apabila kita telah mengenalpasti teknik dan strategi yang kita ingin gunakan dalam kempen yang kita akan usahakan, kita boleh mengetahui theme yang bersesuaian atau dengan erti kata lain, yang mesra SEO untuk apa yang kita ingin capai.
Ada banyak jenis teknik dan strategi untuk kita mengoptimasi enjin carian ini. Usah kita mendabik dada dan menghina teknik orang lain, sebab selagi mana teknik itu mendatangkan hasil, tiada yang salah, hanya yang betul akan dapat kita kecapi.
Beberapa ciri pilihan theme SEO seorang blogger tua
Antara ciri yang akan saya titikberatkan semasa memilih theme yang mesra SEO.
- Struktur yang tepat dan mempunyai schema tersedia pasang.
- Ringan dan laju
- Mempunyai halaman tertentu untuk saya membuat optimasi peringkat lanjutan
- Tidak bloated dengan third party script seperti javascript dan css yang hanya melambatkan laman
- mempunyai struktur coding yang baik (saya akan semak kod disebalik tabir untuk kepastian)
Ini beberapa ciri penting yang saya akan kenalpasti sekiranya benar-benar ingin memulakan projek SEO skala besar. Jika tidak, ada beberapa ciri akan saya gugurkan untuk kelangsungan laman.
Semoga bermanfaat.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Perubahan strategi blogging tahun 2020?
Bila bercerita mengenai blogging, akan lebih ramai merasakan ianya sudah tidak relevan disebabkan wujudnya rangkaian media sosial seperti Facebook, Instagram, Telegram, Whatsapp,…... Baca selanjutnya »
Kenapa masih tidak menulis artikel?
Andai kita mempunyai laman web tetapi tidak menerbitkan artikel secara rutin, ini antara perkara yang sangat merugikan terutama jika kita sedang tinggal…... Baca selanjutnya »
Penulisan berterusan yang akan memberi manfaat
Assalamualaikum dan salam hormat kepada semua rakan-rakan sekalian, tahun 2019 ada beberapa laman yang tidak dikemaskini atas sebab…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions