Assalamualaikum dan salam hormat kepada semua rakan-rakan sekalian,
tahun 2019 ada beberapa laman yang tidak dikemaskini atas sebab malas. Tak ada alasan lain selain malas sebenarnya bila bercerita mengenai penulisan artikel ni. Sebab apa? sebab penulisan itu mudah terutama jika hanya ingin menulis di blog.
Andai kita ingin menulis buku atau novel, itu mungkin cerita yang berbeza. Disebabkan ada beberapa laman yang lama tidak mendapat sentuhan blogger tua, memang ada penurunan dari sudut trafik, tetapi ianya berhenti di tahap yang tidak terlalu teruk.
Kiranya selepas beberapa ketika tidak menulis, trafik menurun, tetapi sampai satu tahap sahaja, selepas itu trafik kekal setiap hari. Bermakna ianya tidak terus merudum sampai terlalu teruk.
Ini antara dapatan yang menarik, sebab selepas itu, apabila ada penulisan yang dibuat, trafik kembali naik pada kadar yang akan mendadak.
Kesimpulan mudah yang boleh dibuat, Google akan memberikan kelebihan kepada laman yang lebih kerap di kemaskini. Tetapi bukan sekadar kemaskini semata, tetapi kemaskini yang mempunyai artikel yang baik. Artikel yang memberikan manfaat kepada pembaca.
Artikel yang ditulis untuk memberi manfaat kepada para pembaca ini memang sangat-sangat digemari oleh pihak Google. Anda tak perlu susah payah berfikir mengenai kata kunci dan sebagainya, sebab ianya telah pun dimasukkan ke dalam artikel itu apabila anda berusaha memberikan penerangan yang terbaik.
Ini strategi penulisan SEO tahun 2020 yang perlu anda tahu dan amalkan. Jika anda masih sibuk dengan keyword stuffing dalam artikel anda, sampai satu masa, anda akan ketinggalan apabila Google dan enjin carian mula mengambil tindakan yang lebih drastik.
Soalnya sekarang, sudahkah anda mula menulis semula pada tahun 2020 ini? jika belum, jangan lupa untuk baca tips bagaimana menulis artikel dalam masa 15 minit untuk membolehkan anda bermula semula.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Penulisan yang dipaksa-paksa
Assalamualaikum dan salam sejahtera, bercerita mengenai menulis ni, memang banyak perkara yang akan kita hadapi. Antaranya adalah memaksa…... Baca selanjutnya »
Suka betul baca penulisan dia
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Suka betul baca penulisan dia, seronok jer baca. best sangat! ... Baca selanjutnya »
Membina rutin penulisan yang konsisten
Assalamualaikum dan salam sejahtera, menulis ini adalah aktiviti yang boleh dilatih dan dibuat oleh sesiapa sahaja yang berhendak….... Baca selanjutnya »
Memberi kesedaran melalui rantaian artikel
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita ingin membuat pemasaran menggunakan artikel, satu perkara penting yang perlu kita tanam…... Baca selanjutnya »
Kaedah meninggalkan komen yang berkesan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini kita ingin bercerita bagaimana untuk meninggalkan komen yang berkesan semasa melakukan ... Baca selanjutnya »
Reader Interactions