Assalamualaikum dan salam sayang semua pembaca blogger tua,
kali ini ingin berkongsi bagaimana anda boleh menyiapkan artikel dalam masa 15 minit sahaja. Sebenarnya sebelum ni pun dah pernah kongsi tips lebih kurang sama. Cuma kali ni kita cerita dengan lebih ringkas, tepat dan padat.
Perkara paling penting untuk membolehkan kita menulis sesebuah artikel itu dalam tempoh 15 minit sahaja adalah seperti berikut:
- Tulis topik yang kita memang mahir dan tahu, tidak perlu buat rujukan untuk menyiapkan artikel tersebut.
- Sila siapkan penulisan sebelum mencari gambar
- Guna sahaja gambar hiasan yang mudah, usah terlalu cerewet
- Tekan butang terbit selepas siap memasukkan gambar.
4 langkah ini andai dibuat dengan betul, akan menyebabkan artikel anda siap dalam tempoh 15 minit sahaja. Bukan setakat siap ditulis dan diterbitkan, bahkan siap dimasukkan ke dalam google search console juga.
Jika anda mengambil masa lebih daripada 3 jam untuk menyiapkan artikel yang tak sampai 350 patah perkataan, bermaksud anda sebenarnya sedang membuang masa membuat perkara-perkara yang tak berkaitan.
Antara contoh perkara yang tak berkaitan adalah seperti, mencari gambar cantik, cubaan untuk edit gambar bagi lebih cantik, mencari idea, mencari perkataan bombastik dan sebagainya.
Semakin banyak anda mencari, semakin lama tempoh artikel anda akan disiapkan. Boleh dah lepas ni untuk siapkan artikel dengan lebih cepat?
Jika belum yakin, buatlah latihan setiap hari, pastikan selepas seminggu, kita kurangkan 5 minit daripada tempoh penulisan yang kita sedang usahakan. Akhirnya kita akan mencapai penulisan cepat tanpa sebarang fikiran dan perancangan yang melambatkan.
Kapish?
Artikel Menarik Untuk Anda:
4 Langkah penting untuk menyiapkan artikel dalam masa yang singkat
Assalamualaikum dan salam sejahtera, antara perkara yang seringkali menjadi masalah kepada penulis baru adalah mengambil masa yang terlalu…... Baca selanjutnya »
Menulis semasa sedang bercuti, perlu atau tidak? dan bagaimana melakukannya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila bermula sahaja cuti sekolah, ramai ibu bapa mula menyusun pelbagai aktiviti bersama keluarga…... Baca selanjutnya »
Bagaimana memasukkan gambar dalam preview promosi media sosial
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini ingin berkongsi bagaimana untuk kita melakukan promosi di media sosial seperti Facebook…... Baca selanjutnya »
Apa jadi bila artikel terlalu pendek
Assalamualaikum dan salam sejahtera, antara soalan paling popular dalam kerjaya penulisan blog adalah bagaimana kalau kita tulis artikel pendek…... Baca selanjutnya »
Bagaimana menyemak kedudukan artikel dalam enjin carian
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita mengusahakan teknik SEO dalam pengurusan laman, satu perkara yang biasanya dilakukan adalah…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions