Andai kita mempunyai laman web tetapi tidak menerbitkan artikel secara rutin, ini antara perkara yang sangat merugikan terutama jika kita sedang tinggal di Malaysia. Tahukah anda, di Malaysia ini, terdapat terlalu sedikit artikel yang boleh digunakan oleh enjin carian untuk disenaraikan.
Kita ambil contoh Google.
Google terpaksa menyenaraikan artikel-artikel daripada penulis dari negara jiran seperti Indonesia untuk memastikan carian pengguna mereka masih dapat diuruskan dengan baik.
Memang sangat sedikit penulis yang menulis dalam niche yang pelbagai. Ada sesetengah niche mempunyai lambakan penulis sehinggakan menyebabkan ada persaingan kuat, seperti niche makanan, fesyen dan seumpamanya.
Andai kita sedang mengusahakan topik atau perniagaan yang di luar daripada dua niche ini, biasanya tiada persaingan langsung sehinggakan apabila kita menulis artikel yang berkaitan dengan baik, hanya dengan beberapa langkah sahaja kita akan ditemui di halaman pertama Google.
Memang semudah itu.
Soalnya sekarang, kenapa masih tidak mahu menulis?
Sebab tak ada mood?
Jika hari ini, anda masih menulis mengikut mood, anda sedang ketinggalan dengan penulis-penulis yang menulis kerana mereka nampak jelas apa yang mereka akan capai. Dari sudut kewangan, kepuasan, pencapaian, membina jenama, meningkatkan kredibiliti dan pelbagai lagi.
Semua ini adalah peluang keemasan yang andai kita tinggalkan, kita akan kerugian. Tidak guna ada laman web tetapi kita biarkan ianya bersawang tanpa sebarang kemaskini baharu.
Tidak tahu bagaimana untuk menulis? Rujuk sahaja ruangan Arkib Blogger Tua untuk membaca perkongsian teknikal bagaimana menulis dengan baik. Semuanya untuk kegunaan kita bersama.
Semoga tahun 2020 anda semua akan dapat menulis dan menerbitkan lebih banyak artikel dan seterusnya mengutip hasil-hasil lazat dan lumayan daripada penulisan tersebut.
Selamat menulis.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Menulis semasa sedang bercuti, perlu atau tidak? dan bagaimana melakukannya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila bermula sahaja cuti sekolah, ramai ibu bapa mula menyusun pelbagai aktiviti bersama keluarga…... Baca selanjutnya »
Perlu atau tidak mengemaskini artikel lama
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita telah menerbitkan sejumlah artikel, ada ketika kita ingin mengemaskini artikel yang telah…... Baca selanjutnya »
Menulis untuk laman kenalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, sebelum ini, kita pernah bercerita mengenai kaedah pemasaran sebagai penulis jemputan. Ada yang…... Baca selanjutnya »
Siapa yang perlu menulis?
Assalamualaikum dan salam sejahtera, sepanjang hampir 15 tahun dalam bidang penulisan blog ini, antara perkara yang menjadi topik…... Baca selanjutnya »
4 Langkah penting untuk menyiapkan artikel dalam masa yang singkat
Assalamualaikum dan salam sejahtera, antara perkara yang seringkali menjadi masalah kepada penulis baru adalah mengambil masa yang terlalu…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions