Assalamualaikum dan salam sejahtera,
semakin banyak penulisan yang kita terbitkan, semakin banyak yang akan kita dapat pelajari. Menulis ini bukan sekadar untuk menyampaikan maklumat, tetapi menulis turut menyebabkan kita boleh mempelajari lebih banyak perkara.
Dalam penulisan artikel, ada ketika kita ingin menulis artikel yang bersiri, ini mungkin berkaitan dengan topik yang panjang dan memerlukan beberapa artikel agar ianya dapat diselesaikan dengan lancar.
Pengurusan artikel bersiri ini ada pelbagai, namun kali ini, kita akan berbincang satu teknik atau kaedah penulisan artikel bersiri yang akan memberikan impak keseluruhan yang lebih baik.
Asingkan tajuk dalam artikel bersiri
Walaupun artikel kita mungkin mempunyai bahagian 1, bahagian 2 dan sebagainya, elakkan hanya menambah bahagian XX ini dalam tajuk kita. Contoh tips penulisan bahagian 1.
Kemudian kita buat pula tips penulisan bahagian 2. Walaupun ianya bukanlah satu kesalahan yang besar, namun kita boleh uruskan tajuk ini dengan lebih baik agar ianya memberikan kesan kepada pembaca.
Berbanding mengulangi tajuk yang sama, dengan tambahan bahagian sahaja yang berbeza, lebih baik untuk kita buat tajuk baru berkaitan artikel yang kita tulis.
Andai kita ambil contoh tips penulisan itu sebagai tajuk utama.
Artikel 1, kita boleh gunakan tajuk, bagaimana memulakan penulisan yang baik.
Artikel 2 pula, boleh guna tajuk, merancang struktur penulisan artikel.
dan seterusnya. Apabila digabungkan, ianya akan menjadi artikel bersiri juga.
Memasukkan senarai siri dalam artikel
Apabila kita telah menerbitkan artikel bersiri ini, langkah seterusnya adalah untuk mengemaskini artikel terdahulu dan memasukkan senarai tajuk yang berkaitan. Contoh kita masukkan senarai seperti di bawah:
Tips Penulisan:
- Bahagian 1 – Bagaimana memulakan penulisan yang baik.
- Bahagian 2 – Merancang struktur penulisan artikel
- Bahagian 3 –
Senarai tajuk ini kita boleh masukkan di bahagian awalan artikel, ataupun di penghujung artikel. Apabila pembaca menemui mana-mana artikel terlebih dahulu, contohnya mereka baca bahagian 2 terlebih dahulu.
Penyenaraian artikel ini akan membolehkan mereka tahu, ada artikel lain yang berkaitan dan mereka tahu isi kandungan asas disebabkan tajuk yang berbeza, berbanding menggunakan tajuk yang sama.
Semoga perkongsian ini akan memudahkan semua untuk menulis dan menstrukturkan artikel bersiri dengan lebih baik.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Kaedah mempromosikan artikel di media sosial
Assalamualaikum dan salam sejahtera, harini talian internet lebih perlahan daripada kebiasaannya, inilah antara dugaan duduk di balik bukit….... Baca selanjutnya »
Menguruskan sangkaan dalam penulisan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita mula banyak menerbitkan artikel di laman kita, ada banyak kesan yang akan…... Baca selanjutnya »
Perlu ke merancang artikel?
Assalamualaikum dan salam sejahtera, dalam penulisan artikel, perlu ke kita merancang terlebih dahulu apa yang kita ingin tulis? ... Baca selanjutnya »
Menguruskan watermark pada gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita menulis artikel, penting untuk kita masukkan gambar untuk pelbagai tujuan. Antaranya adalah…... Baca selanjutnya »
Menguruskan writer’s block dengan mudah
Assalamualaikum dan salam sejahtera, menulis setiap hari ada ketika boleh menyebabkan kita tertekan dan akhirnya kita memilih untuk…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions